Lagu Syamel, Hafiz & Rossa Jadi OST Filem Jebat, Memang Layan 'Mood'!

ZULHILMI JALIL
September 2, 2020 03:56 MYT
Filem Jebat yang bakal ditayangkan secara rasmi esok menampilkan tiga buah karya sebagai lagu runut bunyi (OST).
Tiga lagu yang bakal memberikan 'mood' kepada penonton sepanjang menyaksikan filem itu nanti nanti merupakan lagu dendangan artis terkenal iaitu Syamel, Hafiz Suip dan Datuk Rossa.
Menariknya, lagu Salahkah nyanyian Hafiz Suip dan Datuk Rossa yang pernah dijadikan sebagai OST drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta masih dikekalkan dalam filem Jebat.
Manakala dua lagu lain ialah Biar Cinta nyanyian Syamel dan sebuah lagu latar berjudul Percaya Aku karya komposer Nurzaidi Abd. Rahman.
Tengok nama barisan penyanyi lagu OST pun hebat-hebat belaka. Memang boleh layan emosi bila tengok filem Jebat nanti.
Jadi, jangan lupa saksikan filem Jebat di pawagam rumah anda menerusi Astro First saluran 480 bermula esok, 3 September 2020.
Apapun, jika anda nak ambil 'mood' Jebat, apa kata layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.
BACA: Nak Lepas Rindu Tengok Sharnaaz, Nelydia? Jom 'Marathon' Layan Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Di Gempak!
Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin.
BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat
Pada masa sama Jebat cuba menyembunyikan kehidupan lampaunya sebagai kaki gangster daripada isteri (Nelydia Senrose) tercintanya apabila hidupnya masih diganggu konco-konco gangster.
Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#Filem #Filem #OST #Jebat