Hiburan

"Lagu 'Terlalu Istimewa' Bukan Untuk Perkahwinan, Perpisahan, Anak Atau Insan OKU Mahupun Cinta Lovey Dovey Papa Mama" - Adibah Noor

gempak
Badrul Hashim
20/11/2019
02:24 MYT
Sponsor Banner
"Lagu 'Terlalu Istimewa' Bukan Untuk Perkahwinan, Perpisahan, Anak Atau Insan OKU Mahupun Cinta Lovey Dovey Papa Mama" - Adibah Noor
Kadang-kadang pelik juga perangai segelintir yang tidak memahami konteks sesuatu perkara. Contoh ketara apabila menggunakan lagu tentang kematian untuk perkahwinan, 'baby shower' dan sebagainya.
Itulah sedikit kekecewaan yang diluahkan oleh penghibur serba boleh, Adibah Noor di Twitter apabila ada segelintir pihak yang tidak memahami tentang lagu 'Terlalu Istimewa' nyanyiannya.
Menurut penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal ini, lagu 'Terlalu Istimewa' sudah 14 tahun usianya tetapi masih ramai yang tidak tahu tujuan lagu itu dicipta.
"Lagu 'Terlalu Istimewa' dah 14 tahun. Ia adalah tribute untuk anak-anak yang sudah pulang ke Rahmatullah, anak-anak yang dah meninggal dunia.
"Ia bukan lagu untuk perkahwinan, perpisahan, anak/insan kelainan upaya, cinta lovey dovey papa mama. Raikan dengan betul," tulis Adibah di Twitter miliknya. Seorang pengguna Twitter @lukmanbinhasan berkongsi info bahawa lagu tersebut merupakan tribute kepada Arwah adik Nurul Huda dan ianya turut diakui oleh Adibah sendiri.
Pada masa yang sama, ramai warganet turut berkongsi pengalaman tentang penyalahgunaan lagu tersebut dalam konteks sebenar.
"Saya cadangkan release a 2020 version: 'Terlalu Istimewa (Song For The Dead)', baru orang faham konteks lagu kot. Dah beratus pasangan pengantin potong kek atas pelamin berlatar belakangkan lagu ni," tulis @DaudSuratman
"Ada yang pakai untuk baby shower kak. Epic fail," komen @theredpandasays.
Lagu 'Terlalu Istimewa' ciptaan Azlan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Adibah Noor sendiri pernah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-21 pada tahun 2006.
Berikut adalah lirik lagu 'Terlalu Istimewa'
Ku tatap gambar wajahmu Sinar mata itu Lirik senyumanmu Pesona yang membelai Wajahmu bercahaya Memberi bahagia Tiap yang memandang Hati jadi salju
(Korus) Kau terlalu istimewa Kasih dan sayangmu terpancar Seikhlas tiada batasan Terus membara Terkilan rasa jiwa Ingin ku lihat mu dewasa Apa daya Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia Duduk di samping-Nya Mendengar cerita Sekadar rahsia
(Ulang korus)
Tak tertanggung rindu… Mendengar suaramu… Tawa mengusik jiwa… Oh…
(Ulang korus)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024