Hiburan
Lagu Yang Dimainkan Pada Hari Raya, Tapi Tak Ada Perkataan Raya Pun Dalam Lirik!
Tahun ini, umat islam diseluruh dunia menyambut Aidilfitri dalam suasana berbeza akibat pandemik COVID-19.
Di negara kita sendiri Aidilfitri diraikan sederhana, tambahan lagi amalan kunjung-mengunjung diterhadkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagaimanapun di corong-corong radio dan kaca televisyen lagu-lagu raya masih dimainkan, jadi suasana hari raya masih dirasai.
Tetapi korang perasan tak, ada di antaranya bukan merupakan lagu raya walaupun sering dimainkan menjelang dan ketika Syawal.
Ada juga raya yang tidak mengandungi walau satu pun perkataan ‘raya’ di dalam liriknya. Antaranya ialah:
#1 Balik Kampung: Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arsyad
Lagu Balik Kampung sebenarnya bukanlah dirakam untuk hari raya tetapi ditujukan untuk para siswazah yang teruja pulang ke kampung. Tetapi lagu tersebut kerap dimainkan menjelang Syawal kerana lagunya yang ceria dan liriknya dikaitkan dengan aktiviti balik ke kampung setiap kali hari raya.
#2 Halaman Asmara: Ziana dan Awie
Lagu ini sering dimainkan di corong radio menjelang Syawal, walaupun tidak ada perkataan ‘raya’ di dalam liriknya. Halaman Asmara merupakan lagu ciptaan komposer popular, Allahyarham Loloq (Nurbisa) dan penulis lirik Johari Teh. Lagu ini ini merupakan lagu duet Ziana Zain dan Datuk Awie yang dimuatkan dalam filem Sembilu 2 dan dijadikan OST filem tersebut.
#3 Selamat Datang Sayang: Datuk Hattan
Lagu ini diselitkan dalam album Warna-Warni Aidilfitri terbitan Sony Music Malaysia pada tahun 1998.
#4 Hari Yang Mulia: Datuk Sharifah Aini
Lagu popular 70an ini merupakan hasil ciptaan dan penulis lirik S. Omar Osman dimuatkan dalam album kompilasi raya EMI berjudul ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri’ .
#5 Doa Di Hari Mulia: Uji Rashid
Doa di Hari Mulia merupakan lagu ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan penulis liri Erna. Lagu ini turut dimuatkan dalam album kompilasi raya terbitan EMI pada tahun 1977 berjudul ‘Bergembira Di Hari Raya’.
Must-Watch Video