Hiburan
”Ya Allah Waktu Itu Saya…” - Dayang Nurfaizah Gembira Siti Nurhaliza Terima Anugerah Biduanita Negara
Penyanyi, Dayang Nurfaizah melahirkan rasa gembira dengan pengiktirafan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara baru-baru ini.
BERITA BERKAITAN:Cipta Nama Di Luar Negara, Nasihat Siti Nurhaliza Buat Pelapis Baharu - “Selalu Juga Cabar Diri Dengan Cara Nyanyian Yang..”
BERITA BERKAITAN:“Nak Jadi Anak Seni Jiwa Kena Kental” - Siti Nordiana Syukur Tak Pernah Dibuli, Artis Lama Lebih Suka Kongsi Ilmu
BERITA BERKAITAN:Peminat Sanggup Berhujan Layan Pesta Muzik Cuckootopia 5 Jam Tanpa Henti, Kim Soo Hyun Bikin Hati Cair!
Kata Dayang, kredibiliti penyanyi nombor satu negara itu sememangnya tidak boleh disangkal dan dia juga cukup teruja saat mengetahui berita gembira itu.
"Ya Allah... Waktu itu saya memang teruja dan terlalu gembira. Kita tahu macam mana bakat yang ada dalam diri Datuk Siti.
"Saya sempat juga tinggalkan komen tahniah di ruangan Instagram, Datuk Siti ketika mendengar berita gembira itu," katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Dayang juga bersetuju anugerah yang diterima Siti itu tepat pada waktunya.
"Saya rasa bukan saya sahaja yang rasa gembira dengan penganugerahan itu. Ramai yang gembira rasanya.
"Pada saya penganugerahan kepada Datuk Siti itu juga tepat pada penerimanya," ulasnya.
Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Siti menerima anugerah itu dalam majlis penuh gilang-gemilang, Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang dianjurkan di Kuala Lumpur pada Rabu.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan kepada legenda muzik tanah air itu.
Siti merupakan individu keempat yang diberikan anugerah berprestij itu, selepas Allahyarham Saloma pada tahun 1978, Allahyarham Datuk Sharifah Aini pada 2006 dan Allahyarham Tan Sri SM Salim pada 2013.
Must-Watch Video