Pasti ramai antara kita yang sudah menyaksikan filem The Little Mermaid yang baru sahaja ditayangkan di pawagam minggu lalu.

Selain watak peneraju Ariel, watak Scuttle yang dijayakan oleh Awkwafina juga turut mendapat perhatian.


Uniknya, menerusi video promo yang disiarkan oleh panggung wayang TGV, Awkwafina berkata yang dia pernah tinggal di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.

BACA: Awkwafina Dedikasi Kemenangan Di Golden Globe Untuk Ibu Bapa & Nenek

“Saya pernah tonton filem di sana (merujuk kepada TGV). Ia tempat menonton filem yang bagus,” katanya.

Kemudian, Awkwafina ditanya lagi: “Oh betul ke?”

BACA: Basa Dengan Emosi, Larut Dalam Memori... Ini 4 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem The Little Mermaid

Awkwafina menjawab: “Yeah, saya pernah tinggal di KL,” katanya yang tidak pernah berkongsi mengenai kisah dirinya yang pernah tinggal di sini.

Untuk rekod, Awkwafina pernah membintangi filem Crazy Rich Asians, yang turut pernah menjalani penggambaran di Malaysia.