Penyanyi Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi lelaki menerusi kaedah pembedahan sekitar 1 tengahari tadi.

Adira, 31, meluahkan rasa bersyukur proses kelahiran anaknya yang seberat 3.5 kilogram itu berjalan dengan lancer dan selamat.

“Alhamdulillah.. pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengahari tadi.

“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.

“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” katanya.

Terdahulu, pelatun lagu Ilusi itu menyembunyikan kehamilannya sehingga memasuki trimester ketiga.

Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.