'Lailer' Tak Menang Tangan Jual Laksa - "Pelanggan Sangat Penyabar Walau Makanan Lambat Sampai"
ZULHILMI JALIL
29/01/2021 01:25 MYT
29/01/2021 01:25 MYT
Pelakon Riena Diana mengakui menerima sambutan di luar jangkaan apabila cuba mencari pendapatan sampingan dengan berniaga laksa hasil air tangannya sendiri.
Menurut Riena yang lebih dikenali dengan watak 'Lailer' itu, ia merupakan cubaan pertama kali dirinya berniaga makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
"Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih sangat kepada mereka yang sokong #laksalailer. Jumlah DM (mesej peribadi) yang saya dapat terlampau banyak dan saya tak menjangkakannya.
"Ini adalah pertama kali saya belajar buat perniagaan lagi-lagi dalam bidang F&B (makanan dan minuman) dan juga perniagaan online macam ni," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Pengacara Gempak TV itu berkata, dia akui banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki dalam mengusahakan bisnes makanan.
"Saya bersyukur pelanggan saya sangat penyabar dan baik hati.
"Syukur alhamdulillah kerana mereka memahami dan masih lagi boleh bagi kata-kata semangat kepada saya walaupun makanan lambat sampai dekat mereka," jelasnya.
Dalam entri tersebut Riena turut memohon maaf atas segala kekurangan daripada pihaknya apabila terdapat beberapa isu berbangkit apabila pelanggan tidak menerima makanan biarpun sudah membuat pembayaran.
"Maklum balas mengenai #laksalailer juga alhamdulillah hampir kesemuanya suka dengan hasil air tangan saya.
"Saya janji akan cuba untuk perbaiki dan berikan yang terbaik untuk semua pelanggan yang akan datang dan mana yang tak dapat lagi pada hari ini saya mintak maaf secara terbuka kerana salah saya," katanya yang kini membuka akaun Instagram khusus untuk menguruskan perniagaan laksa baharunya itu.
Terdahulu, Riena mula mengambil tempahan laksa pertamanya beberapa hari lalu dengan mengehadkan kepada 50 bungkus sahaja sebagai percubaan sulung.