Pelakon dan penyanyi Aqasha meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada pihak yang cuba mempertikaikan kebolehannya sebagai seorang pelakon.

Menerusi entri di Instagram (IG), Aqasha mengakui kerjayanya sebagai pelakon drama dan bukannya sebagai seorang yang kuat berdrama.

"Aku hanya berlakon drama dan tak minat untuk berdrama.

"Lain kali dah tahu tak ada budget, panggil saja budak fakulti filem berlakon. Jangan panggil aku," tulisnya.



Ternyata kapsyen yang dibuat oleh Aqasha itu menjadi tanda tanya peminatnya yang ingin mengetahui punca sebenar kenapa dia berkata demikian.

Menerusi ruangan komen Aqasha menjelaskan apa sebenarnya terjadi dan kenapa dia memuat naik status begitu di media sosial.

"As seasoned players, habis kuat pun kita cuma boleh cakap sikit je, cakap lebih-lebih dilabel 'demand'.

"Habis itu diaorang tak fikir karakter tu 'demand' aktor punya komitmen pula? Japgi minta datang promosi, upload promosi itu..ini..begitu..begini.." tulisnya.