Hiburan

Lakonan Terdahulu Dikatakan ‘Kayu’, Hafreez Adam Tak Ambil Hati - “Saya Bersyukur Diberi Peluang Berlakon Dengan...”

Asyikin Mayudin
01/04/2024
09:55 MYT
Dikatakan pernah berlakon seperti ‘Kayu’, aktor Hafreez Adam berkata dia tidak mengambil hati dengan komen yang diberikan oleh pelakon Raja Azura.
Malah Hafreez memberitahu dia bersyukur diberikan peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman bersama pelakon-pelakon senior.
"Saya terima dengan hati terbuka kerana saya masuk dalam dunia hiburan tanpa asas atau ilmu. Saya bukannya pelajar sekolah lakonan.
"Saya belajar berlakon daripada pengalaman. Untuk menjadi pelakon yang baik, kita kena sentiasa belajar. Saya tidak mahu digelar sebagai pelakon syok sendiri.
"Saya bersyukur kerana saya banyak diberi peluang berlakon dengan pelakon senior dan suka berkongsi ilmu. Di set penggambaran saya banyak belajar praktikal kerana melihat semuanya di depan mata," katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Raja Azura atau Kak Engku berkata dia pernah menonton beberapa lakonan Hafreez sebelum ini yang dilihat seperti ‘kayu’.
Bagaimanapun lakonan Hafreez sudah dilihat semakin matang dalam drama gandingan mereka iaitu Malang Si Puteri.
Selain Raja Azura dan Hafreez, rama Malang Si Puteri turut dibintangi oleh pelakon popular termasuk Fasha Sandha, Wan Raja, Malek McCrone dan Aidit Noh.
Drama 50 episod ini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Ria pada pukul 6 petang.

BERITA TRENDING: Pernah Bergelar Tunang, Hafreez Adam & Zara Zya Tak Kekok Bersua Muka - "Kita Ada Minta Maaf"

BERITA TRENDING:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.