Hiburan

Lakonan Terdahulu Dikatakan ‘Kayu’, Hafreez Adam Tak Ambil Hati - “Saya Bersyukur Diberi Peluang Berlakon Dengan...”

Asyikin Mayudin
01/04/2024
09:55 MYT
Dikatakan pernah berlakon seperti ‘Kayu’, aktor Hafreez Adam berkata dia tidak mengambil hati dengan komen yang diberikan oleh pelakon Raja Azura.
Malah Hafreez memberitahu dia bersyukur diberikan peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman bersama pelakon-pelakon senior.
"Saya terima dengan hati terbuka kerana saya masuk dalam dunia hiburan tanpa asas atau ilmu. Saya bukannya pelajar sekolah lakonan.
"Saya belajar berlakon daripada pengalaman. Untuk menjadi pelakon yang baik, kita kena sentiasa belajar. Saya tidak mahu digelar sebagai pelakon syok sendiri.
"Saya bersyukur kerana saya banyak diberi peluang berlakon dengan pelakon senior dan suka berkongsi ilmu. Di set penggambaran saya banyak belajar praktikal kerana melihat semuanya di depan mata," katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Raja Azura atau Kak Engku berkata dia pernah menonton beberapa lakonan Hafreez sebelum ini yang dilihat seperti ‘kayu’.
Bagaimanapun lakonan Hafreez sudah dilihat semakin matang dalam drama gandingan mereka iaitu Malang Si Puteri.
Selain Raja Azura dan Hafreez, rama Malang Si Puteri turut dibintangi oleh pelakon popular termasuk Fasha Sandha, Wan Raja, Malek McCrone dan Aidit Noh.
Drama 50 episod ini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Ria pada pukul 6 petang.

BERITA TRENDING: Pernah Bergelar Tunang, Hafreez Adam & Zara Zya Tak Kekok Bersua Muka - "Kita Ada Minta Maaf"

BERITA TRENDING:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Patutlah Pilih Ciri Calon Suami Yang Jujur & Tak Curang, Rupanya Sophia Albarakbah Pernah Ditipu Bekas Kekasih

gempak
04/07/2024
01:55 MYT
Pelakon, Sophia Albarakbah mendedahkan kriteria pemilihan calon suami idamannya.
Hiburan

Rosé BLACKPINK & Cha Eunwoo Bercinta?

gempak
03/07/2024
15:00 MYT
Dikatakan sedang hangat bercinta, nama Rosé BP dan Cha Eun-woo dipetik kembali.
Bollywood

Nawazuddin Siddiqui Dinilai Paling Hodoh, Tidak Layak Jadi Bintang Bollywood

gempak
03/07/2024
13:55 MYT
Nawazuddin Siddiqui dikenali sebagai aktor Hindi yang cukup berkaliber dengan lapan daripada filem lakonannya pernah ditayangkan di Festival Filem Cannes.
Hiburan

Aliff Aziz Mahu Berehat Dari Segi Mental & Emosi - “Kadang-Kadang Orang Kata Konon Macam Kitalah Yang Terpaling Sedih…”

gempak
03/07/2024
05:27 MYT
Selepas perceraian dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah pada 13 Jun lalu, penyanyi Aliff Aziz mengakui dia kini mengambil masa untuk berehat dari segi mental dan emosi sebelum memutuskan untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah, Bon Jaminan RM1,500 Juga Dilanjutkan

gempak
03/07/2024
02:09 MYT
Pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz yang terlibat dengan kes khalwat pada 9 Mac lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu ketika sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.