Pelakon Sweet Qismina, 23, mengakui dirinya hanya manusia biasa yang bekerja sebagai seorang pelakon.

Menerusi ciapan yang dikongsi di laman sosial Twitter, bekas pelakon kanak-kanak ini berkongsi pesanan yang diberikan oleh ibunya.

"It’s good that my mum always remind me, “Ingat kau bekerja sebagai seorang pelakon. Lakonan tu kerja kau. Jangan ingat kau special".

"So therefore, I’m just a normal human being. A normal rakyat who works as an actress," tulis Sweet.

Mendapat perhatian peminatnya di laman sosial Twitter, rata-rata bersetuju dengan buah fikiran pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi ini.

Tweet yang dimuat naik oleh pelakon filem Pusaka itu mendapat lebih 800 ulang kicau serta lebih 1,400 tanda suka.

Jangan lupa saksikan karya lakonan Sweet di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.