BERITA
"Lama Juga Nak Beranikan Diri"- Maya Karin Jalani Pembedahan Mata
Pelakon Maya Karin selamat menjalani pembedahan mata bagi menyelesaikan masalah rabun yang dialaminya selama ini.
Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke, 40, berkongsi berita tersebut menerusi satu entri di Instagram.
"Akhirnya, saya berjaya melakukannya! Saya dah betulkan mata saya! Yahooo! Lama juga nak beranikan diri.
"Bertahun-tahun adik lelaki saya suruh buat. Terima kasih Dr. Aloysius, anda hebat. Anda berjaya menenangkan saya dengan aura ala-ala Santa Clause," kongsinya.
Biarpun tidak menyatakan secara terperinci jenis rawatan yang dilakukannya, difahamkan Maya melakukan pembedahan lasik mata di sebuah pusat pakar mata swasta di ibu kota.
Maya turut berkongsi gambar dirinya yang memakai alat pelindung mata selepas selamat menjalani pembedahan tersebut.
"Ini adalah untuk melindungi mata ketika tidur, takut tercakar dan sebagainya. Seksi tak? #Eyeop #fixingmyrabun," tulisnya.
Perkongsian aktres filem Munafik 2 itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata mendoakan agar Maya cepat sembuh.
"Adakah ini pembedahan lasik? Semoga cepat sembuh.
"Lepas ini dah tak perlu pakai cermin mata lah. Semoga lekas baik kak," tulis sebahagian netizen.
Must-Watch Video