Laman Utama

Lama Tak Balik Beraya? Banyak Ke Berubah Raya Dulu Dengan Sekarang?

gempak
Hanafis Haris
27/04/2022
10:15 MYT
Sponsor Banner
Lama Tak Balik Beraya? Banyak Ke Berubah Raya Dulu Dengan Sekarang?
Bak kata pepatah, kita hanya merancang, Tuhan saja menentukan!
Begitu jugalah dugaan menimpa seluruh dunia apabila dilanda wabak Covid-19.
Untuk masyarakat di Malaysia khususnya, larangan untuk pulang ke kampung untuk menyambut Syawal pasti antara momen paling perit terpaksa dilalui.
Namun, itu kisah dua tahun lepas!
Kini syukur semuanya dah dilonggarkan apabila negara beralih ke fasa endemik!
Tapi dalam pada kita ‘excited’ beraya tahun ini, banyak sebenarnya dah berubah kan? Dulu lain sekarang lain!
Tapi persoalannya beza sangat ke raya dulu dengan sekarang?

#1 Kad Raya Vs WhatsApp!

Bila kali terakhir anda menerima kad raya? Pasti sudah lama bukan? Apatah lagi mengantung kad raya sebagai dekorasi.
Rindu rasanya, menunggu kehadiran ‘posmen’ untuk menerima kad raya.
Kalau nak tahu, kad raya dahulu merupakan medium utama untuk sahabat dan saudara mara jauh untuk menyampaikan ucapan raya.
Macam-macam corak dan gaya ucapan sampai bersiap pantun lagi!
Namun, penggunaan kad raya mula suram apabila munculnya telefon pintar.
Bermula dengan ucapan melalui SMS, kini orang ramai yang menyampaikan melalui WhatsApp saja.

#2 Kuih Raya Buat Vs Kuih Raya ‘Tunjuk’

(Gambar: Astro Awani) Jika satu rumah sudah berbau planta dan minyak sapi maka ketika itu kita tahulah raya sudah dekat!
Ketika itulah juga golongan ibu sibuk membeli barangan utama untuk membuat kuih raya.
Paling best adalah bau kuih raya yang sudah dibakar melalui oven. Fuh nikmatnya!
Itu belum lagi momen kumpul beramai-ramai memasukkan ratusan kuih ke dalam balang.
Namun, itu mungkin dulu. Sekarang kebanyakan orang sudah mengamalkan ‘kuih raya tunjuk’ saja.
Lebih cepat, mudah dan jimat masa. Itu belum lagi rakan ofis yang ‘memujuk’ kita supaya borang kuih raya jualan mereka!

#3 Anyam Ketupat VS Ketupat Segera

(Gambar Kanan : Kredit 1Media)
Kemahiran yang boleh dikatakan agak jarang untuk kita lihat sekarang iaitu menganyam ketupat.
Kalau anda boleh menganyam ketupat pada masa kini, anda mungkin akan dikagumi ramai!
Selalunya, seminggu sebelum raya selalunya mesti mak dan ayah akan mencari pucuk kelapa untuk jadikan kelongsong ketupat berserta santan, beras pulut dan banyak lagi bahan.
Anak pula? Mungkin tolong duduk lihat saja sebab selalunya menganyam ketupat memerlukan skil yang agak tinggi.
Tapi sekarang hanya skil merebus saja diperlukan untuk memasak ketupat segera.
Bukan kata ketupat, lemang dan kuah kacang pun ada jenis segera!

#4 Baju Raya Tradisional VS Modern

(Gambar Astro Awani & Behati)
Saban tahun, ada saja baju raya modern yang muncul.
Masih teringat lagi beberapa tahun lalu yang mana munculnya baju raya ‘hipster’ yang mengundang kemarahan ramai.
Ada yang menganggap ia agak keterlaluan dan tidak sesuai digayakan ketika Syawal.
Tepuk dada tanya selera bukan!
Apapun, untuk baju raya, pastinya ramai yang memilih untuk mengayakan baju tradisional yang lebih sopan, anggun dan segak.

#5 Raya Real Vs Virtual

Masih teringat zaman ketika beraya secara atas talian atau online.
Walaupun tak dapat balik beraya, namun kita masih dapat berjumpa secara maya atau 'virtual'.
Namun, itu ketika era pandemik dan kali ini kita bersyukur apabila sudah memasuki fasa endemik.
Maka dengan itu, dapatlah beraya secara real! Pasti ramai akan beraya sakan, tetapi perlu diingatkan masih perlu menjaga batas okay!
Paling penting jangan cepat ‘lupa diri’ dan ambil mudah. Cukuplah dua tahun kita semua berkorban untuk ke fasa endemik!

Raya Baru or Lama, Tapi 1 Jer Tetap Sama!

Namun, sedar tak jika melihat pada perubahan raya tahun saban tahun, sebenarnya ada satu perkara yang tidak akan berubah!
Datanglah raya pandemik ke atau raya endemik sekali pun, nilai teras untuk meluangkan masa dan meraikan raya bersama keluarga dan orang tersayang itu tetap sama.
Nak tambah mood raya keluarga sebenar, anda boleh tonton video terbaru Air Selangor Hari Raya 2022!
Pasti ada yang ‘throwback’ mengimbau kenangan raya dahulu kala!
Beza itu memang berbeza tetapi kemeriahan tetap berkekalan menjelang lebaran.
“Biarpun jauh zaman melangkah, biarpun besar cara berubah, kemeriahan raya akan tetap dirasa selagi segalanya kita raikan kita raikan bersama”
Jom bersama Embun menggamit nostalgia Aidilfitri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live