Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lama Tak Muncul TV & Tak Rancang Buat ‘Comeback’, Nia Ramadhani Teringin Nak Datang Malaysia

Umirah Halim
02/08/2024 00:55 MYT
Pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih, Nia Ramadhani memaklumkan bahawa tidak mempunyai perancangan untuk kembali berlakon kerana sibuk menguruskan keluarga.

BERITA TRENDING: Kes Dadah Selamatkan Nia Ramadhani, Suami Dari Bercerai

BERITA TRENDING: "Saya Sentiasa Mengimpikannya"- Nia Atasha Bangga Jadi Model Pakaian Dalam Antarabangsa!

Komitmen terhadap keluarga

Kata Nia, kekangan masa dan komitmen sebagai ibu tiga orang anak menjadi faktor yang menyekat dirinya untuk terjun semula ke bidang lakonan.

“Mudah-mudahan satu hari nanti boleh datang ke Malaysia. Drama saya yang paling popular dan diminati peminat Malaysia adalah Bawang Merah Bawang Putih yang mana sudah berlalu 15 tahun lepas.

“Saya sudah memiliki tiga cahaya mata, untuk kembali berlakon itu seperti tiada dalam perancangan saya dan agak susah juga,”kongsinya ketika ditemui Gempak usai sidang media All Access to Rossa 25 Shining Years di Plaza Indonesia, Jakarta.

BERITA TRENDING: Nia Ramadhani Akui Pengalaman Dipenjara Satu Hikmah Terbesar Dalam Hidup - “Tiada Manusia Yang Sempurna”

BERITA TRENDING: Netizen Kecam Artis Berkaraoke Sakan Malam Ramadan - "Namamu Harus Sejajar Sama Bulan Ramadan"

Untuk rekod, hidup serba mewah dan berstatus jutawan Indonesia, Nia telah berkahwin dengan Anindra Ardiansyah Bakrie pada 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

#Malaysia #Berlakon #comeback #nia #ramadhani #komitmen