Penampilan terbaharu vokalis kumpulan Exist, Mamat menjadi perhatian netizen.

Menerusi video tular yang di muat naik di akaun TikTok @warungsiputsedut, Mamat yang memakai baju berwarna hitam bercorak merah itu kelihatan semakin kurus berbanding sebelum ini.

Dalam video itu juga, Mamat sempat menunaikan permintaan menyanyikan sedikit rangkap lagu popularnya berjudul Untukmu Ibu.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa terkejut dengan perubahan fizikal Mamat dan mendoakan agar penyanyi itu sentiasa berada dalam keadaan sihat.

@warungsiputsedut

untuk castamer warung siput sedut jb tampoi

♬ Untukmu Ibu - Alqibni

“Laaa… Mamat Exist ke, ingatkan siapa tadi lain benar mukanya,” @betamusyifa

“Lamanya tak tengok Mamat, Minat sangat lagu Ibu ni. Semoga Allah permudahkan segala urusan Mamat. Amin,” @marianaahmad275

Terdahulu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 45, merupakan bintang Gegar Vaganza musim pertama iaitu pada tahun 2014.

Mamat dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.