Ketika ramai yang terikut-ikut dengan trend di TikTok, artis dari Indonesia, Tyas Mirasih pun turut sama tidak mahu terlepas.

Baru-baru ini, Tyas menerusi akaun TikToknya mempamerkan bukti cinta buat pasangannya, Tengku Tezi dengan melakukan cabaran mencium ketiak.

Dalam video berkenaan, Tyas dan Tengku duduk berdampingan dan lucunya dengan selamba saja masing-masing mencium ketiak satu sama lain dengan cara mengoles dengan jari.

@tengku.tezi Saus padang asam manis gula jawa @tyasmirasih08 ♬ Hey Asek - MZ SetiaKu???

Menerusi perkongsian video berkenaan, biarpun ada yang jijik, peminat rata-ratanya membuat spekulasi bahawa Tyas dan Tengku kini pasangan kekasih.

Terdahulu, Tengku Tezi pernah dituduh menjadi punca orang ketiga dalam rumah tangga Tyas bersama bekas suaminya, Raiden Soedjono.

Malah bekas isteri kepada Tengku Tezi, Danisa Khairiyah juga menyebut bahawa bekas suaminya itu berlaku curang dengan Tyas ketika kedua-duanya menjalani penggambaran sebuah filem bersama-sama.