Perkongsian terbaharu pelakon dan pempengaruh media sosial, Ms Pui Yi mencuri perhatian apabila dia mengumumkan bakal memberi dana biasiswa sebanyak RM4.3 juta kepada pelajar yang layak.

Menerusi muat naik di Instagram, Ms Pui Yi menjelaskan dana tersebut diluncurkan bagi membantu pelajar yang tidak berkemampuan tetapi ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya ingin memberitahu bahawa saya akan melancarkan program biasiswa pertama saya.

“Dengan kerjasama dari satu organisasi, kami ingin memaklumkan bahawa kami menawarkan biasiswa berjumlah AS$1,000,000 (RM4.3 juta) kepada pelajar yang tidak berkemampuan dari seluruh dunia.

“Setiap pelajar akan diberikan geran AS$1,000 untuk meneruskan pelajaran dalam bidang yang mereka mahukan.

“Mereka juga akan mendapat akses untuk menerima geran pelajaran sepanjang proses pembelajaran dan turut diberikan geran perniagaan selepas tamat pelajaran,” katanya.

A post shared by Siew Pui Yi ? (@ms_puiyi)

Pada hantaran sama, Ms Pui Yi turut berkongsi impiannya yang pernah berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan namun terpaksa dilupakan akibat kekurangan wang.

Justeru, setelah melalui proses kehidupan dah mempunyai kerjaya, aktres tersebut berhasrat untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

“Sebagai seorang yang membesar di kawasan luar bandar, keluarga saya bukanlah keluarga berkemampuan untuk membiayai pengajian saya.

“Dahulu, saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang perubatan dan saya perlu bekerja setiap hari sehingga lewat malam.

“Akhirnya, saya tak dapat menyambung pelajaran dan menggapai cita-cita saya untuk menjadi pakar bedah disebabkan pelbagai faktor.

“Antaranya, saya tak ada tabungan yang mencukupi untuk menyambung pelajaran, keluarga saya pun tak berkemampuan, jadi, saya perlu melupakan impian itu.

“Sekarang, saya ingin membawa perubahan dan berhasrat untuk menyumbang semula kepada masyarakat dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang memerlukan,” katanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.