,
Hiburan

Langit Kuala Lumpur Diterangi 300 Drone Dengan Logo-Logo Avengers, Epik Gila!

Azwa Rahman
24/04/2019
06:54 MYT
Epik! 300 drone bercahaya menerangi langit Kuala Lumpur malam tadi bersempena tayangan filem ‘Avengers: Endgame’ yang akan bermula hari ini.
Berterbangan berhampiran Menara Kuala Lumpur, drone bercahaya ini mempamerkan logo watak-watak adiwira seperti Iron Man, Captain America, Thor, Hulk serta logo Avengers dan Marvel Studios.
Dianjurkan oleh The Walt Disney Company (M), 300 drone yang dikuasakan oleh Intel ini terus mencatatkan sejarah tersendiri apabila tersenarai dalam The Malaysia Book of Records sebagai persembahan drone bercahaya terbesar di Malaysia.
Majlis yang berlangsung di Manja Old Malaya, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh selebriti popular dan personaliti media sosial seperti Ismail Izzani, Sean Lee, SonaOne, DeFam, Luqman Podolski dan ramai lagi.
‘Avengers: Endgame’ membuka tayangannya pada hari ini dan pawagam-pawagam di Malaysia saling berperang menawarkan sesi tayangan terawal.
Ia dibintangi Robert Downey Jr, Chris Evan, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth, Jeremy Renner, Brie Larson dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kejadian Tanah Jerlus Jalan Masjid India Bersifat Setempat, Selamat Dikunjungi

gempak
11/09/2024
02:25 MYT
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India pada Rabu, mendapati bangunan dan kawasan di Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi.
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.
Berita

"Kuala Lumpur Masih Selamat" - Dr Zaliha

gempak
28/08/2024
23:55 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memberi jaminan bahawa Kuala Lumpur masih selamat.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Kehadiran 'Raja Bomoh' Curi Perhatian, Siap Renjis Air Istimewa

gempak
28/08/2024
14:25 MYT
Kehadiran Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin mencuri tumpuan pengamal media apabila hadir di lokasi kejadian tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.