Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima bayaran berjumlah RM90.42 juta daripada kerajaan Sarawak setakat ini, untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus hutang peminjam PTPTN dalam kalangan anak negeri itu.
Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, jumlah itu diperoleh sejak PTPTN dan Yayasan Sarawak memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak pada 5 Mac 2021.
"Pada hari ini, Yayasan Sarawak sekali lagi menyalurkan peruntukan insentif bayaran balik pinjaman PTPTN kepada anak-anak Sarawak berjumlah RM12.43 juta dan dianggarkan sebanyak 3,000 peminjam yang layak akan menerima insentif itu.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak berjumlah RM90.42 juta yang memberi manfaat kepada lebih 25,000 peminjam PTPTN dalam kalangan anak Sarawak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan majlis penyerahan cek bagi bayaran terbaharu di bawah insentif berkenaan daripada Yayasan Sarawak bagi baki hutang peminjam PTPTN dari negeri itu yang diadakan di Menara PTPTN Kuala Lumpur.
Replika cek telah diserahkan Timbalan Pengarah Pendidikan Yayasan Sarawak, Louis Simon Peter kepada Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.
"Pelaksanaan insentif bayaran balik pinjaman PTPTN kepada anak Sarawak merupakan kesinambungan inisiatif Belanjawan Negeri Sarawak 2020," menurut kenyataan itu.
Hal ini disusuli satu memorandum persefahaman antara PTPTN dengan Yayasan Sarawak pada 5 Mac 2021 kerjasama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak.
Melalui kerjasama ini, Kerajaan Negeri Sarawak akan membayar sebanyak 30 peratus daripada baki hutang pinjaman PTPTN terkini bagi peminjam yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus hutang pinjaman mereka.
"PTPTN berharap agar pemberian insentif bayaran balik pinjaman kepada anak Sarawak diteruskan lagi pada masa akan datang bagi manfaat anak Sarawak, sekali gus membantu merealisasikan impian generasi akan datang dalam pendidikan tinggi," kata Norliza.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Izwan Isa
Thu Dec 28 2023
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.