Jangan malas untuk mencuci atau membilas buah-buah atau sayur-sayuran sebelum dimakan dan dimasak.

Ini kerana mencuci buah-buahan segar dan sayuran di bawah air mengalir dapat membantu menyingkirkan makanan dari tanah, mikroorganisme dan potensi patogen manusia seperi bakteria dan virus.

Seorang chef dikenali sebagai DeeDee menerusi laman sosial Instagram (IG)nya menjelaskan tentang kepentingan mencuci dahulu sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

Tambah Chef Deedee mengelap sahaja tanpa mencuci terlebih dahulu buah atau sayur sebelum dimakan adalah melanggar principal pengendalian makanan di seluruh dunia.

“Saya nampak ramai orang berkongsi mereka tidak lagi mencuci sayur dan buah tetapi hanya lap sahaja. Adakah pada tahun 2020, ini sesuatu yang baru?

“Saya minta maaf tetapi ia melanggar principal pengendalian makanan di seluruh dunia. Pernah tengok ‘Strawberry Salt Challenge’ di Tik Tok?

“Tengok sendiri apa yang keluar selepas strawberry di basuh?,” katanya.

Menurut DeeDee terdapat tiga cara yang betul untuk membasuh sayur dan buah, iaitu membasuh, merendam dan memotong.

Ikuti video dibawah untuk mengikuti perkongsian bermanfaat daripada Chef Deedee:

A post shared by Chef Deedee (@deedee_cooks)