Pelakon popular hollywood Channing Tatum mengambil keputusan untuk berpisah dengan isterinya, Jenna Dewan selepas lapan tahun berkahwin.

Menerusi satu kenyataan di akaun Instagram peribadinya, Tatum menyatakan keputusan itu dibuat secara bersama dan ia tidak akan mengubah perasaan kasih sayang antara mereka.

Kenyataan itu ternyata membuatkan peminat terkejut dan mereka berharap Tatum dapat menyelesaikan masalah yang berlaku serta tidak mengambil keputusan terburu-buru untuk berpisah.

Kebanyakkan peminat menggangap Tatum dan Jenna sebagai sebuah pasangan yang bahagia kerana sejak berkahwin mereka tidak pernah mempunyai sebarang masalah dalam rumah tangga.

Tatum dan Jenna mula bertemu di set pengambaran ’Step Up’ pada 2005.

Mereka berkahwin pada 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Everly berusia 4 tahun.