Pelakon, pengacara dan juga empunya jenama pakaian Neonate Clothing dilaporkan mengalami sakit mata yang serius.

Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim berkongsi keadaan dirinya di Facebook miliknya.

"Dah seminggu lebih ulang alik Hospital. Nak tengok cahaya pun tak boleh. Apatah lagi nak tengok phone.

"Bukan sakit mata biasa. 'Anterior Uveitis' berpunca daripada 'Ankylosing Spondylosis," kongsi Karl di Facebook.



Menurutnya lagi, lapisan mata hitam dikatakan melekat sesama sendiri menyebabkan iris mata tidak boleh mengecil dan membesar dengan sendiri.

"Seksa dia Allah je tahu. Gigih juga nak bagitau. Kang kena kata macam-macam pulak bila diam je.

"Pepandai ler google sendiri kalau nak tau apa benda," tulis Karl ringkas.

Anterior Uveitis adalah keradangan yang berlaku pada bahagian uvea, iaitu lapisan pigmen yang berada di antara bahagian dalam retina dan bahagian luar kornea.

Ankylosing Spondylosis (AS) adalah sejenis arthritis yang boleh menyebabkan bengkak di bahagian sendi dan juga tulang belakang. AS juga boleh memberi gangguan kepada mata.

Kami di Gempak mendoakan semoga Karl cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.