Laman Utama
Laporan Polis Dibuat, Azhar Sulaiman Kesal Dituduh Tak Pandai Didik Leona - "Anak Pun Manusia Juga, Ada Kepalanya Tak Nak Ikut"
Susulan kontroversi yang melibatkan personaliti media sosial Kasih Iris Leona, 19, pelakon Azhar Sulaiman, 50, bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.
Leona menerima kecaman hebat selepas berkongsi foto memakai pakaian yang agak seksi dan keterlaluan di laman media sosial miliknya.
"Mami (Azhar) kat balai polis, kejap buat laporan polis," tulisnya di Facebook.
Ayah kepada tiga orang anak itu turut meluahkan rasa kesal apabila dituduh tidak menjaga serta memberi didikan yang baik kepada Leona.
"Pening kepala mami, tak pasal nama jadi panas pula sebab Leona, tapi takpa la.
"Begini la semua..setiap dari kita ini ada anak dan setiap anak-anak kita ada masalah. Jadi mami ada masalah sendiri.
"Kalau anak awak itu juruh, pakai tudung, ikut cakap awak, alhamdulillah. Kami sebagai ibu bapa pun nak anak-anak macam awak juga.
"Tapi anak pun manusia juga, ada kepalanya tak nak ikut. Nak buat macam mana?" katanya menerusi sebuah rakaman video selama 40 saat.
Sebelum ini, Leona sering menerima mesej kecaman kerana sering berkongsi penampilan yang seksi terutama di aplikasi TikTok.
Azhar berkahwin dengan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin dan mereka dikurniakan sepasang kembar, Leona dan Andika Rees Pahamin serta Kasih Leia Ixora yang berusia 21 tahun.