Hiburan

"Lara Dah Mula Tunjuk Bakat, Tapi..." - Awal Ashaari

gempak
Asraf Aided
26/07/2019
08:31 MYT
Sponsor Banner
"Lara Dah Mula Tunjuk Bakat, Tapi..." - Awal Ashaari
Pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari mengatakan anaknya, Lara Alana sudah mula menunjuk bakat di rumah.
Menurut Awal, Lara selalu menyanyi dan berlakon di rumah, namun dia masih belum bersedia untuk membenarkan anaknya itu berkecimpung dalam industri hiburan.
"Sebenarnya, Lara sudah mula menunjukkan kecenderungan dalam bidang seni, dia dah mula tunjuk bakat di rumah.
"Saya dan Scha (isteri) selalu perhatikan, Lara selalu menyanyi dan berlakon di rumah tapi kalau mahu libatkanya dalam industri hiburan, kami masih belum sedia buat masa ini," kata Awal.
Sementara itu, Scha menambah, pendidikan harus diutamakan buat anak tunggal mereka itu.
"Memang Lara ada kecenderungan untuk bergelar anak seni, tapi kami harus utamakan perkara penting dahulu.
"Apa-apapun, kami akan utamakan pendidikan yang sempurna untuknya, kemudian barulah kami akan fikirkan tentang penglibatannya dalam industri hiburan," tambah Scha.
Awal dan Scha berkata demikian ketika ditemui di Anugerah Stail EH! 2019 bertempat di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur malam tadi.
Sebanyak 21 kategori dipertandingkan dalam anugerah tersebut dan Scha telah merangkul dua trofi untuk kategori Selebriti Wanita Paling Bergaya dan Anugerah Stail EH!.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live