Pelakon Que Haidar dan isteri Linda Jasmine menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.

Bersempena dengan hari istimewa itu, Que mengimbas kembali detik perkenalan mereka sebelum bergelar suami isteri.

Coretan itu dimuat naik menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Que, dia masih lagi merasai perasaan bahagia sewakti diijab qabul dengan isteri tersayang.

“Alhamdulillah… Genap hari ini 14 February, 11 tahun kami. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan pada waktu itu.

“Perkenalan yang tidak sampai 7 bulan membawa kepada ijab dan qabul. Latar belakang yang sangat berbeza tetapi pencipta pegang waktu untuk semua.

“Kenapa tarikh ini? Sebagai tanda cinta untuk si dia dengan menghalalkan segalanya. Moga terus berkekalan hingga ke jannah.

“Walaupun pada tarikh ni segala macam jenis mak nenek bunga harga naik tau yayang. Love you yayang. Awak sangat-sangat melengkapi saya. Harap seadanya saya juga dapat melengkapi segala. Always love you,” tulisnya.

Alhamdulillah.. Genap hari ini 14 February, 11 tahun kami.. satu perasaan yg tak dapat digambarkan pada waktu itu.. perkenalan yg tidak sampai 7 bulan membawa kepada ijab dan qabul. Latar Belakang yg sangat berbeza tetapi pencipta pegang waktu utk semua.. kenapa tarikh ini? Hrmm Sebagai tanda cinta utk si dia dgn menghalalkan segalanya.. moga terus berkekalan hingga ke jannah.. walaupun pada tarikh ni segala mcm jenis mak nenek bunga harga naik tau yayang ? adeh... love you yayang.. you sangat2 melengkapi sy.. harap seadanya Sy juga dapat melengkapi segala.. always love you ?

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on


Terdahuu, Que dan Linda telah berkahwin pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tengku Ratu, 10, dan Tengku Cleopatra, 8.

Dalam perkembangan terbaru, Linda Jasmine merupakan juri tetap bagi program Dansa Dan Sing.

Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).

Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!