Pendakwah dan pencerus Ummah Syed Bakri menegur sikap segelintir pengguna media sosial yang masih melakukan cabaran viral, #LathiChallenge.

Menurut Syed, cabaran tersebut hukumnya adalah haram disebabkan beberapa faktor yang diambil kira.

Syed menerangkan hujahnya menerusi posting di akaun Instagramnya.

“Kecoh apabila ambe nyatakan bahawa perbuatan yang sedang viral sekarang iaitu Lathi Challenge adalah haram kerana ianya menyalahi apa yg dibenarkan oleh Syarak.

“ ‘Barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya dan barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang buruk) dalam Islam, maka baginya dosa amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) dosa orang yang mengamalkannya selepasnya (HR Imam Muslim).

“Dengan merakamkan video berlatarbelakangkan lagu, dengan solekan ala-ala syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan itu harus dilakukan?

“Hukum dalam agama bukan berdasarkan akal semata-mata tetapi mempunyai nas.

“Semalam saya membawa hadis tentang meniru gaya orang kafir, walaupun golongan penyokong Lathi Challenge menyebut bahawa ianya di asas oleh orang Indon dan walau sekalipun dia seorang Muslim tetap ada sumber awal yang menyebabkan mereka berani membuat sesuatu yang menyalahi syarak.

“Anak-anak melihat perkara ini, dan ramai yang meniru terutama sekali orang perempuan dengan gaya yang mengaibkan.

“Perlu kita menutup pintu-pintu fitnah kepada agama dan umat Islam ini agar tidak merebak sehingga melalaikan manusia.

“Ambe guna hujjah dan dalil, namun tetap ada yang berani nak cabar dan argue dengan menyatakan itu dan ini.

“Sila teruskan jika rasa Lathi Challenge itu sunnah yang baik, ambe tak mampu nak menyekat kecuali hanya menegur,” tegurnya.

Lathi Challenge HARAM Kecoh apabila ambe nyatakan bahawa perbuatan yg sedang viral sekarang iaitu Lathi Challenge adalah HARAM kerana ianya menyalahi apa yg dibenarkan oleh Syarak 'Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya dan Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg buruk) dalam Islam, maka baginya DOSA amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) DOSA orang yang mengamalkannya selepasnya ( HR Imam Muslim) Dengan merakamkan video berlatar belakangkan lagu, dgn solekan ala2 syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan iti harus dilakukan? Hukum dlm agama bukan berdasarkan akal semata² tetapi mempunyai nas Semalam sy membawa hadis ttg meniru gaya org kafir, walaupun golongan penyokong lathi challenge menyebut bahawa ianya di asas oleh org Indon dan walau sekalipun dia seorang Muslim tetap ada sumber awal yg menyebabkan mereka berani membuat sesuatu yg menyalahi syarak Anak² melihat perkara ini, dan ramai yg meniru terutama sekali org perempuan dgn gaya yg mengaibkan Perlu kita menutup pintu² fitnah kpd agama dan umat Islam ini agar tidak merebak sehingga melalaikan manusia Ambe guna hujjah dan dalil, namun tetap ada yg berani nak cabar dan argue dgn menyatakan itu dan ini Sila teruskan jika rasa Lathi Challenge itu sunnah yg baik, ambe tak mampu nak menyekat kecuali hanya menegur Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut #BiarTahuJanganDokTahu

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on


BACA: #LathiChallenge, Ingat Mudah Ke? Mawar Rashid Shoot 6 Jam, Edit 16 Jam, Hasilnya Memang Wow!

Terdahulu, Lathi Challenge menjadi tular di media sosial selepas menampilkan kreativiti solekan pada wajah.

Malah trend ini juga turut mendapat sambutan dari pengguna media sosial di Indonesia dan Malaysia.