Isteri penyanyi Aril Pilus, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin mendapat perhatian peminat selepas memberikan komen lucu mengenai bahagian perutnya.

Puteri Erma Edlinda atau lebih mesra disapa Puteri telah berkongsi satu video pendek di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Video tersebut merakamkan gelagat Puteri yang menikmati pemandangan indah di Sydney, Australia sambil beraksi di hadapan kamera.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji kecantikan Puteri walaupun hanya memakai pakaian kasual dan berseluar jeans.

Namun apa yang menarik perhatian adalah komen lucu Puteri terhadap pujian yang diberikan kepadanya.

“Cantik apanya tu, nampak tak perut, sis berjaya ternak perut sis. Nak tips tak?” komennya.

Di sini Gempak kongsikan video tersebut khas buat tatapan pembaca.

Sisturrr lost di sini ??

A post shared by Puteri Edlinda (@puteriedlinda) on

Foto: Instagram @puteriedlinda