Jurusolek selebriti terkemuka Khir Khalid mencuri perhatian ramai apabila menata rias wajah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan gaya solekan mantap.

Menerusi laman sosial Instagram, Khir berkongsi foto solekan wajah Tokti tersebut untuk tatapan umum.

“Dato Sri Siti Nurhaliza dalam solekan #hanyakhirkhalid menggunakan @diormakeup.

“Antara persona artis yang penuh dengan aura dari awal pembabitan saya bekerja dengannya dari dulu hingga kini. Dia SITI NURHALIZA,” tulis Khir sebagai kapsyen.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam solekan #hanyakhirkhalid menggunakan @diormakeup Antara persona artis yg penuh dgn aura dari awal pembabitan saya bekerja dengannya dari dulu hingga kini!!! Dia SITI NURHALIZA!!!

A post shared by Khir Khalid (@khirkhalid) on

Menerusi perkongsian itu, wajah Tokti ditata rias dengan dua solekan bak fesyen atasan dan menggayakan busana berjenama mewah.

Difahamkan, sesi fotografi ini turut melibatkan anaknya, si comel pipi merah, Siti Aafiyah.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikut yang memberikan pujian terhadap wajah solekan Tokti.

“Sooo onsss,” tulis pengacara Neelofa

“High fashion!” komen penyanyi Ning Baizura.



“Cantik gila Tokti,” ujar pereka fesyen Hatta Dolmat.

“I selaku presiden Sitizoners cukup suka dengan solekan ini. Saya approved,” usik seorang wargamaya.

“Omg lain betul tata rias kali ni!” kata seorang wargamaya.

“Sumpah ni look paling lawa untuk Tokti. Pergh, good job Khir,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, wajah solekan fesyen atasan Tokti itu telah menerima hampir 4,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Terdahulu, Khir pernah menarik perhatian ramai apabila hasil solekannya pada wajah pelakon Mira Filzah mengundang pelbagai reaksi.

Sumber foto: Instagram @khirkhalid, @ctdk