Pelanggan Astro berpeluang untuk menonton rancangan popular kanak-kanak menerusi saluran baharu Ta-Daa! (612).

Pelbagai francais menarik akan disajikan buat penonton Ta-Daa! termasuk animasi terkenal dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea, China, Kanada, United Kingdom dan banyak lagi.

Antara rancangan yang akan ditayangkan di saluran Ta-Daa! ialah Beyblade Metal Fusion, Dragon Force: Power of Dragon, Supa Strikas, Inspector Gadget, Kid vs Kat, Polly Pocket, Sonic The Hedgehog, Dino Dana serta banyak lagi.

Ta-Daa! akan menjadi tambahan kepada saluran kanak-kanak sedia ada seperti Boomerang (619), Nick Jr. (617), Cartoon Network (615/635) dan Nickelodeon (616/636).

Pelanggan boleh menononton bermacam rancangan dari pelbagai negara seperti AS, Jepun, Korea, China, UK, Kanada dan banyak lagi.

Saluran ini menyiarkan kandungan kanak-kanak antarabangsa dengan menggunakan medium bahasa Inggeris.

Di bawah di sediakan beberapa sorotan rancangan yang akan menemui penonton dalam saluran Ta-Daa! pada 15 Mac.

Polly Pocket Musim 1 – Isnin sehingga Khamis, 3 petang
Dino Dana Musim 1 – Rabu sehingga Jumaat, 9 malam
The Deep – Isnin sehingga Khamis, 3.30 petang
Johnny Test Musim 4 – Isnin sehingga Khamis, 11.30 pagi
Dr. Dimensionpants – Isnin sehingga Khamis, 12 tengah hari
Chuck’s Choice -Isnin sehingga Khamis, 12.30 tengah hari
League of Super Evil Musim 1 – Isnin sehingga Jumaat, 7.30 petang
Dinocore Musim 1 – Isnin sehingga Khamis, 2 petang
Spongo, Fuzz and Jalapena – Isnin sehingga Khamis, 1 petang
Nature Cat Musim 1 – Isnin sehingga Khamis, 2.30 petang
Bola Kampung Classic Musim 5 – Isnin sehingga Khamis, 1.30 petang
Go Astro Boy Go – Isnin sehingga Khamis, 4 petang

Ta-Daa! akan menemui semua pelanggan Astro, Astro Go dan On Demand secara percuma bermula dari 15 Mac sehingga 4 April 2021.

Namun, selepas 5 April 2021, saluran ini hanya akan tersedia untuk pelanggan yang mempunyai Kids Pack (Pek kanak-kanak) sahaja.