Hiburan
“Layan Dengan Baik, Senyum Dan Ucap Terima Kasih Pun Dah Cukup” - Dr. Sheikh Muszaphar Akui Tak Mudah Jadi Rider
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor akui tidak mudah menjadi penghantar makanan.
Dr. Muszaphar berkongsi coretannya menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.
Menurut Dr. Muszaphar, dia berharap orang ramai dapat memberikan layanan yang baik kepada penghantar makanan walaupun cukuplah sekadar memberikan senyuman.
“Menjadi rider bukannya mudah, semuanya tidak endah. Hujan tetap redah. Walaupun dirinya basah agar pelanggan dapat menjamah.
“Itulah pengorbanan pasrah untuk mencari rezeki sah, bukannya mudah tak kira penat lelah.
“Kadangkala kita tak sedar berapa banyak pengorbanan yang dilakukan rider hanya untuk menyempurnakan tugas menghantar makan kepada pelanggan.
“Layanlah mereka dengan baik, berikan sedikit extra tip pun sudah kira bonus pada mereka.
Malahan berikan senyuman dan ucapan terima kasih pun pun sudah cukup memadai buat mereka,” kongsinya.
Terdahulu, Dr. Muszaphar juga merupakan salah seorang penghantar makanan untuk bulan Ramadan. Baca: Jadi Rider Ke Sekarang? Steady Doktor! - Bertuahnya Siapa Dapat Jumpa Dr. Sheikh Muszaphar
Must-Watch Video