Satu-satunya platform Bollywood yang bersiaran secara langsung di seluruh Asia Tenggara, Radio Masti 24x7 kini boleh didengar secara eksklusif di platform digital Astro Radio, SYOK!

Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio dan Rocketfuel Entertainment, Kenny Ong, berkata, pihaknya berbesar hati dengan kerjasama yang terjalin antara Masti Media Network dan Astro.

"Kami berbesar hati mengumumkan kerjasama kami dengan Masti Media Network, rakan kongsi pertama kami dari Singapura dan kami mengalu-alukan Radio Masti 24x7 di SYOK.

"Akan ada banyak pilihan rakyat Malaysia mengakses muzik Bollywood popular, kandungan digital dan info terkini untuk dinikmati.

"Penambahan ini akan memperkukuh tawaran semasa kami di SYOK untuk pilihan radio, muzik, podcast dan kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramarakan kongsi tempatan dan antarabangsa sambil kami mengukuhkan lagi jenama kami dalam landskap audio tempatan," ujarnya.



Manakala, kata Pengarah dan Pengasas, Masti Media Network, Renuka Arora Bhagat, pihaknya juga berbesar hati dengan kerjasama yang terjalin.

"Kami berbesar hati mengesahkan Astro Radio sebagai kerjasama antarabangsa pertama kami dalam rantau ini.

"Kami berharap untuk menggabungkan komuniti di seluruh Singapura dan Malaysia dengan kandungan Bollywood India sebagai asas.

"Pelanggan kami terus kekal sebagai tumpuan, semasa mereka membuat pengiklanan bersama kami untuk menjangkau pendengar kami yang luas.

"Kami yakin pendengar di Malaysia akan menyukai kandungan kami kerana kami membawakan kandungan tempatan dan hiburan ‘Khans of Bollywood’ yang sangat disayangi lebih dekat ke negara jiran kami," ujarnya.

Radio bollywood digital 24 jam!

Radio Masti 24x7 yang dilancarkan pada tahun 2009 sebelum ini bersiaran secara langsung selama 3 jam menggunakan frekuensi Radio Ekspat MediaCorp, XFM963.

Ia kemudiannya ditubuhkan semula sebagai Radio Bollywood Digital 24 jam pertama bersiaran secara langsung di seluruh Asia Tenggara.

Justeru, SYOK dan Radio Masti 24x7 akan memenuhi keperluan peminat muzik Bollywood Malaysia dengan menawarkan kandungan digital, berita dan info terkini dari seluruh dunia, terutamanya dari India, Singapura dan Malaysia.

Semasa pandemik, Radio Masti 24x7 telah dilantik secara eksklusif oleh Kementerian Komunikasi & Maklumat (MCI) di Singapura yang membawa kepada pelancaran pengaturcaraan kandungan khas Bangla dan mendapat sambutan besar daripada komuniti Bangladesh di Singapura serta Malaysia.

Penyampai-penyampai dwibahasa Radio Masti 24x7 membawakan rancangan bermaklumat merentasi beberapa genre dalam Bahasa Hindi dengan gabungan lagu malar segar Inggeris, carta teratas, rancangan bual bicara, temu bual selebriti dan banyak lagi.

Kandungan setempat dan rancangan permintaan dari pendengar membolehkan Radio Masti 24x7 lebih mendekati pendengar sekali gus memberikan senyuman kepada sebilangan besar pendengar setia.

Ditambah pada kandungan audio ialah podcast dan platform visual popular, MastiAVI (Audio Visual Interactive), membawakan rancangan khusus secara langsung yang menarik pendengar melalui permainan, rancangan bual bicara dan banyak lagi.

Untuk strim, muat turun SYOK dan Radio Masti 24x7 di App Store dan Google Play Store.