,
Hiburan

Lebar Sayap Ke Indonesia, Aina Abdul Tidak Mengalah

Asyraf Roslan
20/11/2024
04:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
Namun menurut pelantun lagu Terus Hidup itu, peluang untuk mencipta nama dan dikenali oleh peminat luar negara adalah bergantung kepada rezeki.
“Saya memang mengharap sangat, untuk seorang artis peluang ke negara jiran adalah rezeki.
“Bagi saya kalau sebut pasal rezeki dia ada cepat atau lambatlah, dalam kes saya walaupun saya sudah berkolaborasi daripada tahun lepas, tuahnya masih belum nampak lagi,” katanya kepada Gempak.
Meskipun masih belum lagi dikenali sepenuhnya peminat Indonesia, Aina percaya hari itu akan tiba satu hari nanti.
Jelas pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani, 31, peluang untuk berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia, Fabio Asher adalah titik permulaan baharu untuk dirinya.
Penyanyi serba boleh itu juga mengharapkan kesempatan ini akan memberi sinar untuknya lebih dikenali dan berpeluang untuk melebarkan sayapnya ke negara jiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul Bangga Siti Nurhaliza Digelar Biduanita Negara - “Saya Sangat Gembira Untuk Beliau”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video BTS Fitting Busana Bentuk Hati, Gelagat Aina Abdul Buat Netizen Terhibur - “Punya Lah Berat Benda Tu…”

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul Lengkapkan IMAJI dengan Versi Deluxe, Tambah Tiga Lagu Baru

ARTIKEL BERKAITAN: Hadapi Kesukaran Anjurkan Konsert Jelajah, Aina Abdul Tidak Mengalah - "Bukan Nak Cakap Saya Tidak Bernasib Baik Tapi..."

“Tapi saya percaya kolaborasi bersama Fabio Asher adalah satu titik manis dalam karier saya dan saya sangat berterima kasih kepada mereka yang menjadikan perkara ini satu realiti.
“Saya harap dengan adanya single ini akan buka peluang untuk saya untuk buat show dekat sana, kecil pun tak mengapa asalkan kita mulakannya dan saya tak sabar untuk membuat persembahan bersama Fabio semasa cerita ini ditayangkan,” tambahnya.
Aina dan Fabio berkolaborasi menerusi lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu ciptaan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow.
Lagu itu merupakan runut bunyi bagi filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu yang dibintangi oleh Refal Hady, Nadya Arina, Carissa Perusset dan aktres Malaysia, Mira Filzah.
Selain kolaborasi bersama Fabio, Aina juga pernah tampil dengan sebuah runut bunyi Kasih Merintih untuk filem seram Indonesia, Trinil pada tahun 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Viral

‘Sedap’ S*ks Oral, Mabuk Saat Memandu, Pemuda Langgar Lari Warga Emas

gempak
18/11/2024
08:52 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditangkap pihak berkuasa Jogjakarta, Indonesia selepas terbabit dengan kemalangan langgar lari yang berlaku pada Khamis lalu.
Hiburan

Kahwin 10 Bulan Cerai, Pinkan Mambo & Suami Rujuk Lepas 30 Hari Berpisah

gempak
18/11/2024
06:50 MYT
Penyanyi sensasi Indonesia, Pinkan Mambo kembali menjadi isteri selepas memegang status janda hanya selama sebulan.
Hiburan

Mahu Jadi ‘Wanita Original’, Amanda Manopo Tolak Pembedahan Plastik

gempak
17/11/2024
16:55 MYT
Pelakon Amanda Manopo mengaku tidak berminat atau tertarik untuk melakukan pembedahan plastik atas beberapa faktor.
Unitar