"Lebih 10 Tahun Berkhidmat, Tak Pernah Lihat Pasangan Senyum Sebab Kes Khalwat" - Staf Agensi Agama
Amri Hassan
05/07/2024 23:47 MYT
05/07/2024 23:47 MYT
Seorang individu dipercayai kakitangan agensi agama meluahkan rasa hairan apabila melihat gelagat selebriti yang tersenyum lebar dan seolah-olah gembira ketika hadir ke mahkamah atas pertuduhan khalwat.
“Sepanjang berkhidmat di agensi agama lebih 10 tahun belum pernah lagi saya melihat kes tangkapan khalwat melibatkan pasangan apabila didakwa di mahkamah dia dalam keadaan senyum dan seronok.
“Seronok berjumpa dengan kawan-kawan media katanya sampai lupa ini kes tangkapan khalwat,” katanya.
Manakala, berikut pula komen-komen warganet berhubung komen individu tersebut:
Terdahulu, pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies hadir di mahkamah untuk prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat. Dalam prosiding itu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah.
Jelas Ruhainies ketika itu, dia tidak pandai berpura-pura atau sengaja berlakon menangis di hadapan kamera.
Mengimbas semula, pada 9 Mac lalu, media melaporkan Aliff ditangkap khalwat bersama Ruhainies di kondominium mewah yang terletak di ibu negara.
Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah, bercerai pada 13 Jun di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
BERITA TRENDING: Ruhainies Datang Mahkamah Senyum Lebar Pun Salah! - "Saya Tak Pandai Berlakon, Menangis Depan Kamera"
Menerusi hantaran yang dimuatnaik di media sosial oleh individu yang dikenali sebagai Ajak, itu merupakan situasi kali pertama sepanjang berkhidmat sejak 10 tahun lalu.“Sepanjang berkhidmat di agensi agama lebih 10 tahun belum pernah lagi saya melihat kes tangkapan khalwat melibatkan pasangan apabila didakwa di mahkamah dia dalam keadaan senyum dan seronok.
“Seronok berjumpa dengan kawan-kawan media katanya sampai lupa ini kes tangkapan khalwat,” katanya.
Manakala, berikut pula komen-komen warganet berhubung komen individu tersebut:
Terdahulu, pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies hadir di mahkamah untuk prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat. Dalam prosiding itu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah.
BERITA TRENDING: Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah, Bon Jaminan RM1,500 Juga Dilanjutkan
Pada hari sama, Ruhainies dikecam warganet kerana didakwa tidak sensitif apabila hadir ke mahkamah dengan tersenyum lebar.Jelas Ruhainies ketika itu, dia tidak pandai berpura-pura atau sengaja berlakon menangis di hadapan kamera.