Hiburan
Ruhainies Nafi Bertunang Dengan Aliff Aziz - "Itu Dah Merepek"
Pelakon Ruhainies menyifatkan dakwaan dirinya akan bertunang dengan Aliff Aziz sebagai tuduhan tidak berasas.
Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ketika ditemui media di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan memberitahu dia tidak tahu daripada mana berita rancangan bertunang ini bermula.
“Itu dah merepek, sudah merepek sangat. Sampaikan Anis rasa agak melampau dakwaan itu kerana boleh menimbulkan fitnah.
“Anis tak tahu siapa yang buat benda itu, bila media tulis, Anis rasa sedih membaca berita-berita tidak sahih dikeluarkan,” katanya.
BERITA TRENDING: Dikecam Datang Ke Mahkamah Dengan Senyuman Lebar, Ini Jawapan Ruhainies - “Saya Senyum Sebab Nampak…”
BERITA TRENDING: “Bagi Saya, Tiada Apa-Apa Yang Boleh Halang Untuk Kami Masih Berhubung…” - Aliff Aziz Jawab Mengenai Dakwaan Berbalas Hantaran Dengan Ruhainies
BERITA TRENDING: Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah, Bon Jaminan RM1,500 Juga Dilanjutkan
BERITA TRENDING: Kes Khalwat: Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Bersama Di Mahkamah, Mohon Doa Yang Baik-Baik
Aliff dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi ini untuk mendengar sebutan bersabit kes tangkapan khalwat mereka.Pasangan itu tiba di mahkamah jam 9.05 pagi bersama peguam syarie Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani yang mewakili mereka berdua.
Pasangan ini turut meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk kes mereka.
Terdahulu pada 20 Jun lalu, pasangan ini dilihat hadir di mahkamah sama dan berada di sana selama tiga jam. Mereka tiba di mahkamah jam 8.40 pagi dan dilihat beredar jam 11.50 pagi.
Kredit Foto: Utusan Malaysia
Must-Watch Video