Berita

Lebih 11,000 Calon Peroleh Gred Cemerlang SPM, Catat Rekod Lebih Baik Berbanding Tahun Sebelumnya

Muhammad Firdaus
27/05/2024
03:25 MYT
Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Catat Rekod Lebih Baik

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, pencapaian calon SPM 2023 adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya apabila berjaya merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74.

"Seramai 226,358 daripada 373,255 calon baharu SPM 2023 telah lulus...

Beliau berkata, nilai GPN yang lebih kecil menjadi penanda bahawa pencapaian calon untuk tahun ini adalah lebih baik.
"Seramai 226,358 daripada 373,255 calon baharu SPM 2023 telah lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 57.1 peratus atau 213,624 calon pada tahun 2022.
"Sebanyak 93.5 peratus atau 349,297 calon layak mendapat sijil SPM 2023 berbanding 342,742 pada tahun 2022,” katanya.

Lebih 10,000 Calon Tidak Hadir

Dalam pada itu, seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan tersebut.
Beliau berkata jumlah ketidakhadiran itu perlu ditangani dan diteliti supaya langkah intervensi dapat dilaksanakan.
“Kita akan teliti punca kenapa calon ini tidak hadir (menduduki SPM 2023), selepas berlaku penurunan agak banyak (bagi calon yang mendaftar SPM 2023 berbanding 2022).
"Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya," katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan.

BERITA TRENDING: “Keputusan SPM 2023 Diumum Pada 27 Mei Ini” – KPM

Sumber: Sinar Harian dan Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bapa Kejut Bangun 3 Pagi Setiap Hari Untuk Belajar, Pelajar STPM Ini Raih Keputusan Cemerlang

gempak
23/07/2024
18:55 MYT
Pengorbanan seorang bapa yang bekerja sebagai pemandu bas terbalas apabila anak kelimanya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 yang diumumkan pada Selasa.
Berita

Keputusan STPM 2023 Diumum 23 Julai Ini

gempak
19/07/2024
05:55 MYT
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan (23 Julai).
Viral

Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”

gempak
05/07/2024
06:55 MYT
Seorang pelajar lelaki menjadi tular selepas berkongsi cara kreatif untuk menghafal subjek Sejarah.
Hiburan

I Am Not Stupid 3: Bila Mak-Mak Terlampau Obses Dengan Keputusan Peperiksaan Anak, Natijahnya ...

gempak
04/07/2024
14:45 MYT
Francais filem I Am Not Stupid memasuki edisi ketiga, mengangkat tema tekanan sistem pendidikan dan bagaimana tekanan itu mampu mencetuskan ketegangan dalam institusi kekeluargaan.
Hiburan

Kak KM Jawab Dakwaan Menipu Keputusan SPM Anak - "Berlaku Kekeliruan, Kita Tunggu & Lihat Pada Rezeki"

gempak
08/06/2024
08:48 MYT
Usahawan popular Liana Rosli menjelaskan dirinya tidak pernah menipu selepas berkongsi keputusan anak lelakinya, Faris Razman, yang mendapat keputusan 6A pada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 27 Mei lalu.