Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lebih 30 Cedera Roda Ferris Terbakar Di Festival Muzik!

Gempak
18/08/2024 09:30 MYT
Lebih 30 orang cedera selepas roda Ferris di Festival Highfield berhampiran bandar Leipzig di timur Jerman terbakar pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.

Jurucakap polis berkata berdasarkan siasatan awal, semua mangsa mengalami sesak nafas akibat terhidu asap selepas dua gondola pada roda itu terbakar.

Bagaimanapun, ketua operasi Palang Merah Jerman berkata dua orang turut cedera parah dalam kejadian itu.

Jurucakap polis itu pada awalnya tidak dapat mengulas mengenai maklumat berkenaan.

Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa empat pegawai polis adalah antara yang cedera.

Punca kebakaran itu masih tidak dapat dipastikan.

Menurut wartawan dpa di lokasi kejadian, dua gondola musnah sepenuhnya dalam kebakaran kira-kira 9 malam itu.

Seorang pengunjung festival dari Cologne berkata roda Ferris itu tiba-tiba berputar dengan laju. Gondola yang terbakar berada di bahagian paling atas roda.

Penyanyi rap Jerman Ski Aggu sedang membuat persembahan semasa kebakaran itu berlaku.

Sementara itu, jurucakap bomba memberitahu dpa bahawa keadaan dapat dikawal kira-kira 30 minit selepas kebakaran bermula.

BERITA TRENDING: Taman Tema RM600 Juta Bakal Dibina Di Klebang?

BERITA TRENDING: Zainal Abidin Harap Penganjur Muzik Festival Peka Soal Agama, Elak Pakaian Menjolok Mata - “Kita Negara Islam..”

BERITA TRENDING: Penganjur Good Vibes Festival Saman The 1975, Tuntut RM11.25 Juta

BERITA TRENDING: Good Vibes Festival 2024 Dibatalkan, Jadi Trending & Topik Hangat Di Media Sosial


Sumber: BERNAMA
#Viral #Terbakar #Jerman #Festival Muzik #Ferris Wheel