Siapa sangka, Taiwan merupakan negara yang terdiri daripada sumber pelancongan penting bagi rantau Asia Tenggara.
Malah, berdasarkan statistik, Malaysia berada di kedudukan keenam dalam pasaran kemasukan pelancong ke Taiwan dan yang tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Justeru, Pengurus Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Phoebe Yeh berkata menyedari trend itu, destinasi berkenaan terus berusaha meningkatkan rangka promosi menerusi kempen Salam Taiwan yang menggalakkan konsep pelancongan mesra Muslim.
“Taiwan Tourism Bureau sebelum ini telah melancarkan dua musim kempen Salam Taiwan sebelum pandemik.
"Kami menganggarkan pertumbuhan angka dua digit dalam kedatangan pelancong Muslim ke Taiwan berbanding tahun 2018.
“Kali ini merupakan kali ketiga kempen Salam Taiwan dilancarkan di Malaysia untuk menawarkan perspektif tarikan Taiwan yang menyeluruh dan berbeza, sekali gus pengalaman percutian yang lebih berdaya saing,”katanya.
Lebih banggakan lagi, Salam Taiwan melantik duta terbaharunya iaitu Ayda Jebat untuk memperkenalkan lagi Taiwan kepada pelancong dari Malaysia.
Tambah Phoebe, Taiwan merupakan destinasi moden yang tidak melupakan ciri-ciri tradisi, selain pemandangan indah dan hospitaliti yang baik.
“Untuk mempromosi pelancongan yang mesra Muslim, Taiwan menjalankan banyak inisiatif dari pelbagai aspek demi mewujudkan persekitaran percutian yang ideal untuk pengunjung Muslim.
“Oleh kerana itu, Taiwan kini berada pada kedudukan kedua dalam senarai destinasi bukan kumpulan Kerjasama Pertubuhan Islam (OIC) di Asia dalam Indeks Pelancongan Muslim Global. Taiwan sudah lebih dikenali sebagai destinasi pelancongan yang mesra Muslim berbanding Amerika Syarikat, Australia dan Jerman,” jelasnya.
Antara aspek yang dimaksudkan adalah soal makanan, dengan lebih 300 restoran dan hotel di Taiwan sudahpun memiliki pensijilan halal yang relevan.
Malah, kebanyakan stesen pengangkutan awam utama dan pihak pengurusan kawasan persinggahan menarik turut menyediakan bilik sembahyang berserta kelengkapan untuk pelancong Muslim, serta kemudahan yang bersih.
Sejak Oktober 2022, Taiwan mengumumkan bahawa pengembara yang tiba ke destinasi itu tidak lagi perlu dikuarantin sebaliknya hanya perlu menjalani langkah saringan kesihatan kendiri selama tujuh hari selepas ketibaan.
Foto kredit: Sensasi Selebriti
Syafiqah Jalal
Sat Feb 04 2023


“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.

"Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang Itu 50-50” - Hafidz Roshdi
Semoga dipermudahkan

Pasang Impian Jadi Penari Balet & Bekas Juara Miss Malaysia, Jom Semak Fakta Menarik Tentang Michelle Yeoh, Pelakon Asia Pertama Menang Oscar!
Hebat!

Banyakkan Pahala Ramadan Ini Dengan Menderma Pada Yang Memerlukan, Ini 6 Bentuk Amalan Oleh Peduli Insan Yang Boleh Diinfaq
Ini 6 Bentuk Amalan Oleh Peduli Insan Yang Boleh Diinfaq

“Saya Mahu Berjumpa, Tapi Dia Tolak” - Aaron Aziz Sedia Berdamai Dengan Syamsul Yusof
Semoga dipermudahkan

Keluarga Reda… Abang Stacy Meninggal Dunia
Takziah buat keluarga Stacy...

Tak Sempat Sampai Majlis Pengebumian Nenek, Pemain Badminton Dan Ibu Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Allahuakhbar... Al-Fatihah...

“Saya Reda Dengan Qada & Qadar”- Adi Putra Mengesahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2
Tiada rezeki Adi kali ini

"Hubungan Juga Sudah Tidak Baik" - Peguam Jelaskan Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk
Penjelasan peguam mewakili Diana.