Astro telah menganjurkan sesi "Meet & Greet" di Astro Experience Store, IOI City Mall bagi drama yang sedang hangat diperkatakan, Kelas Tahanan Cikgu Hiragi.
Sambutan yang diterima di acara ini semalam sangatlah menggalakkan di mana ibu bapa bersama anak-anak mereka hadir sebagai tanda sokongan kepada drama ini, mengumpulkan lebih 5,000 pengunjung dan peminat di sekitar aras 3.
Barisan pelakon yang hadir di acara tersebut termasuk Nadhir Nasar, Arena Wan, Qistina Rania, Evertts Gomes, Razin, Hakim Khan, Kecik, Baihaqi, Aizat Saha, Cahaya Nilam, Arabella, Abby, Cora, Azqa, Miss Alvy, Nurel, Aiman Shah, Kim Azzim, Aiman Ameer, Amira Rafik dan Royce Iqram. Turut memeriahkan sesi ini adalah persembahan lagu tema, Sifar oleh Sharul Kamal.
Kemunculan pengarah terkenal, Michael Ang yang juga merupakan pengarah drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi menambahkan lagi seri majlis ini.
Sesi yang berlansung selama 4 jam ini menyaksikan sokongan para peminat yang tidak putus, jumlah "crowd" yang tidak berkurangan sehingga ke akhir sesi. Perkhidmatan polis bantuan terpaksa digunakan untuk membawa keluar semua barisan pelakon dari Astro Experience Store, IOI City Mall bagi mengelakkan rempuhan dan kerumunan dari peminat yang hadir.
Para peminat dan penonton boleh menyaksikan Kelas Tahanan Cikgu Hiragi pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.