Viral
"Saya Suruh Guard Benarkan Masuk” - Jofliam 'Back Up' Mak Dewi, Jawab Dakwaan Cik Epal Mengenai Isu Rumah
Pempengaruh dan Chef Pizza Wagyu, Jofliam tampil menjawab tuduhan bekas isternya iaitu Cik Epal yang mendakwa ibu kepada Dewi secara suka hati bebas keluar masuk ke kawasan rumah yang pernah diduduki mereka.
Beri penjelasan isu rumah
Tidak hanya menjelaskan tentang perkara itu, Jofliam turut memuat naik beberapa perbualan tangkap layar di ruangan Insta Story miliknya.Menurut Jofliam, wanita itu bukanlah masuk ke kawasan perumahan mereka secara suka hati sebaliknya atas keizinannya sendiri.
“Yang sebenarnya tak ada akses kad… Saya suruh guard benarkan masuk untuk lihat siapa yang masuk menggunakan volkswagen putih,” tulisnya.
Dalam satu lagi hantaran, Jofliam menjelaskan dia terpaksa tampil memberi penjelasan untuk memperbetulkan fakta sebenar.
“Drama Hindustan yang belum sudah. Maaf guys, kena explain untuk damage control.
“Drama terlalu panjang. Maaf semua. Rasa serba salah saya,” coretnya.
Isu kad akses
Sementara itu, Jofliam juga turut menjelaskan mengenai kad akses seperti yang didakwa Cik Epal.“Maknanya akses kad yang ada pada dia tak pernah dimatikan. Dia tak nak jelaskan bahagian itu.
“Rupanya dia minta tolong abang saya untuk masuk ke rumah, abang saya guna kereta baru volkswagen yang saya tak pernah tahu wujud, dia claim kata saya tak kenal kereta abang sendiri.
“Dia keluar rumah jam 3 petang, masuk semula rumah dan angkut barang dan selesai jam 7.30pm. Maknanya,saya tak halang dia pun. Saya biarkan.
“Saya offer dia untuk dia tinggal dalam rumah tu semalam. Saya offer dia duduk, saya je yang keluar. Dia tak cerita pun.
“Saman hanya wujud saman fitnah, tapi dia kata nak saman pak guard saya. Kat mana rosaknya. Adui kata power, bab basic pon lemah,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Siapa Makcik Untuk Masuk Kawasan Rumah Saya Suka-Suka Hati?” - Cik Epal Bengang Dengan Mak Dewi, Dakwa Siap Ada Akses Kad
ARTIKEL BERKAITAN:Dewi Pulangkan Semula Hadiah Beg Coklat RM12K Dari Jofliam - “Saya Tak Tahu Ini Beg Orang Lain…”
ARTIKEL BERKAITAN:Terlalu Banyak Fitnah, Dewi Tampil Beri Penjelasan - “Sejujurnya Saya Lebih Rela Untuk…”
ARTIKEL BERKAITAN:Cik Epal Mohon Maaf Soal Isu Tak Jaga Iddah - “Saya Akan Perbaiki Kelemahan, Siapa Je Kahwin Nak Bercerai…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Apa, Saya Dah Selesaikan Tanggungjawab Saya” - Jofliam
Terdahulu, konflik perceraian antara pasangan pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam nampak tidak berkesudahan.Cik Epal menerusi hantaran di Insta Story meluah rasa bengang apabila ibu kepada Dewi iaitu wanita yang didakwa menjadi punca perceraiannya dikatakan mula campur tangan.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan Cik Epal, malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
Selepas sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya Cik Epal mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suaminya, Jofliam menerusi Instagram pada 9 Oktober lalu.
Bagaimanapun Cik Epal kemudian menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.
Untuk info, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Must-Watch Video