Laman Utama

"Lebih Afdal Kalau Penghasut Vaksin Tu Diletak Sebilik Dengan Pesakit COVID-19" - Catriona Ross Perli Siapa?

gempak
Amri Hassan
03/06/2021
00:28 MYT
Sponsor Banner
"Lebih Afdal Kalau Penghasut Vaksin Tu Diletak Sebilik Dengan Pesakit COVID-19" - Catriona Ross Perli Siapa?
Pelakon Catriona Ross tampil memuat naik status di Instagram Stories memerli tindakan individu yang dilabelkannya 'penghasut vaksin'.
Tidak menujukan kepada mana-mana pihak, cadang Catriona, individu terbabit sepatutnya diletakkan sebilik dengan pesakit COVID-19 agar membuka matanya untuk berubah.
"Lebih afdal lagi kalau penghasut vaksin itu diletakkan sebilik dan dikuarantin dengan pesakit COVID-19.
"Nak juga tengok macam mana. Sesuatu untuk difikirkan. Mungkin akan berubah arah selepas itu? Mungkin," tulis Catriona.
Catriona yang turut popular dengan watak Kak Kek dalam media sosialnya pernah tampil menegur tindakan segelintir rakyat Malaysia yang gagal apabila berpusu-pusu pulang ke kampung selepas kerajaan mengumumkan lockdown minggu lalu.
Tindakan lantang Catriona itu mengundang rasa tidak puas hati bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang menyelar semula pelakon wanita itu baru-baru ini.
BACA: "Simpan Kau Punya Bingai Tu" - Suhaimi Saad Bidas Catriona Ross
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live