Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Lebih Bahagia Dengan Kehidupan Solo, Ira Kazar Tak Terima Pinangan Buat Masa Ini - “Kalau Ada Pun Saya Tidak Akan…”

Umirah Halim 30/11/2024 | 23:55 MYT

Hampir tiga bulan bercerai, bekas isteri pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sekali lagi berjaya menyorot perhatian netizen baru-baru ini.

Menerusi satu video temu bual yang dimuat naik oleh usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri, Ira atau nama lengkapnya Nur Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, memaklumkan bahawa dia enggan menerima sebarang pinangan untuk berkahwin lagi buat masa ini.

Lebih selesa

Malah, Ira turut mengakui dia lebih selesa dengan kehidupan tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana lelaki.

“Contoh lah ada orang cuba nak masuk minang sekarang, adakah awak terima atau menolak dalam masa terdekat ini,” soal Datuk Seri Aliff Syukri.

undefined

“Tak (kahwin), buat masa sekarang saya tidak terima pinangan.

“Sebab saya bahagia saya yang sekarang,” jawab Ira.

Dalam pada itu, Ira itu turut menyatakan dia tidak akan mendedahkan teman istimewanya sekiranya hatinya sudah ditambat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ira Kazar Tak Sentap, Terima Teguran Guru Vokal - “Terima Kasih Sangat Diperlukan, Nanti Saya Datang Kelas Cikgu”
ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan Nyanyian Jadi Perhatian, Ira Kazar Komen - “Sangat Gementar, Lagu Tu Saya Pilih Sebab Masa Kecil…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Paksa Cuma Harap Dia Boleh Handle” - Kazar Tak Pernah Halang Ira Jadi Penyanyi, Siap Ada Effort Belajar Main Gitar
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Kisah Orang Nak Cakap Fasal Saya Tapi Bila Cakap Buruk Tentang Ayah…” - Ira Kazar Terkesan, Bapa Jadi Mangsa Kecaman

“Kalau ada pun (teman lelaki), saya tidak akan tunjuk,” katanya dengan nada seloroh.

Sementara itu, menerusi ruangan komen dapat dilihat rata-rata netizen memuji penampilan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi ini yang diakatakan semakin berseri-seri.

“Sejak dia cerai kemain dia dah seri-seri, makin lawa.

“Kalau Ira ada teman lelaki pun dia berhak bahagia, semoga dapat pengganti lebih bertanggungjawab.

“Cantik dan manis Ira sekarang ini masih sopan bertudung dan jaga adab,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, Ira sah bercerai talak satu dengan Syamsul pada September lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023.

;