"Lebih Baik Menjaja Je" - Tony Eusoff Kecewa Dapat Tawaran RM500 Berlakon Drama?

Amri Hassan
November 25, 2019 12:58 MYT
Pelakon Tony Eusoff meluahkan rasa kesal terhadap tindakan produksi sebuah drama yang menawarkan harga tidak masuk akal kepadanya.
Tony turut mendedahkan paparan skrin perbualan bersama wakil produksi drama yang mahukannya berlakon sebanyak 11 babak dalam masa dua hari.
"Dah nak 2020 dah tapi bajet drama televisyen masih puaka," luahnya pada kapsyen foto terbabit.
Dalam perbualan tersebut, Tony meluahkan rasa tidak puas hati ditawarkan bajet sedemikian.
"Itu bajet zaman Sultan Melaka ke apa. Kalau macam tu sila cuba tempat lainlah. Rendah daripada itu baik menjaja je," tulis Tony.

Dah nak 2020 dah tapi bajet drama tv masih puaka??‍♂️??‍♂️??‍♂️#wawasantakberapa2020 pic.twitter.com/miGx4RNzmt

— tony eusoff (@tonyeusoff) November 25, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Biarpun tidak mendedahkan jumlah sebenar tawaran berlakon drama itu namun ada yang meneka bajet yang ditawarkan sekitar RM500 untuk dua hari.
Perkongsian itu turut menarik perhatian peminatnya yang berasa tersinggung dengan nilai yang ditawarkan kepada pelakon filem Sepi itu.
#pelakon #Tony Eusoff #Pelakon