Berita

"Lebih Baik Penat Shooting Daripada Jadi Suri Rumah, Tapi..."- Faralyna Idris Kongsi Pengalaman 6 Tahun Fokus Keluarga

gempak
ZULHILMI JALIL
05/03/2020
05:25 MYT
Sponsor Banner
"Lebih Baik Penat Shooting Daripada Jadi Suri Rumah, Tapi..."- Faralyna Idris Kongsi Pengalaman 6 Tahun Fokus Keluarga
Pelakon Faralyna Idris mengakui pernah melalui fasa sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru sewaktu mula-mula membuat keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Bahkan, menurut Faralyna, 29, dia sampai pernah terdetik untuk kembali melalui rutin penat bekerja daripada duduk di rumah menguruskan keluarga.
"Apa yang susah jadi suri rumah? Duduk rumah jaga anak je kan? Itu yang orang baca je, dengar je, nampak je seorang wanita itu seorang suri rumah tanpa mendalami siapa seorang suri rumah itu.
"Awal dulu, ya Allah rasa susahnya. Sampai fikir, lebih baiklah penat shooting tu duduk di set, kerja daripada jadi seorang suri rumah. Nak pergi tandas pun berkejaran tau.
"Tapi, alhamdulillah, saya berjaya harunginya. Perlahan-lahan dapat rentak," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Im 29, married, & blessed with 2 beautiful kids. MasyaAllah, ❤️. Bonda pernah ada rasa ragu-ragu utk stop bekerja sementara, utk jadi fulltime housewife right after i got married. But looking at what i have became today, Bonda tahu that i have made the right choice. Yes, I catched up my work-life along the way, tapi.. keputusan utk beri 300% perhatian pada “kehidupan baru” yang baru je Bonda & suami build 6 years ago adalah satu keputusan yg sgt memuaskan, yg pernah Bonda buat dlm kehidupan Bonda. Bukan bermaksud skrg tak bagi sepenuhnya utk keluarga tau, tapi awal dulu kan baru nak tahu mcm mana kehidupan berumah tangga, ada suami nak jaga, tup tup ada anak pula, jadi nak adjust semua benda baru tu dlm hidup sgt sgt perlukan perhatian yang lebih, masa yang lebih, usaha yang lebih. Hari ini, walau masih panjang perjalanan & jauh sekali lah dgn “perfect” tu, tapi Bonda sgt puas. Walaupun bermcm perkara I have to go through. I shall save that for my next posting. Mesti ada susah senang dia kan, tapi jgn risau. Dia ada utk bantu permudahkan segalanya ? MasyaAllah, Thank You Allah. Sesungguhnya aturan Dia itu yang paling tepat & terbaik. ——————————————————————— Hosts : @joyfolk @musfirahasri @disya.yoga @imahzulk @nadiah.yoga @nshmira Sponsors : @olloum.official @alandmash @thesoapbybelle @chinuptrainer . Hashtag #14daysofgratitudejournal in you posts, share your stories ( optional ), practice gratitude, have a good time, reflect & make insta friends. DAY 1 - Yesterday ?. DAY 2 - Today ?? . DAY 3 - Yourself ? . DAY 4 - Your Life Challenges/Scars. DAY 5 - Your Choice. DAY 6 - Your Your Achievement. DAY 7 - Your Family. DAY 8 - 3 Impactful Women In Your Life. DAY 9 - Your Friends. DAY 10 - Your Choice. DAY 11 - Your Career/Colleagues. DAY 12 - Your Hobby. DAY 13 - Your Mentor/Idol/Inspiration. DAY 14 - Your Faith. #14daysofgratitudejournal #gratitudechallenge #igchallenge
A post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris) on
Menurut pelakon drama Misiku Kuza itu, dia juga mengakui pernah berasa ragu-ragu dengan keputusan yang cuba dibuat untuk berehat seketika daripada dunia lakonan.
"Saya pernah ada rasa ragu-ragu untuk berhenti bekerja sementara untuk jadi suri rumah sepenuh masa selepas saya berkahwin. Namun, melihat diri saya pada hari ini, saya tahu yang saya sudah buat satu keputusan yang betul," katanya.
Jelasnya lagi, selepas merasai sendiri pengalaman tersebut, dia cukup kagum dengan mana-mana wanita yang mampu menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.
"Saya tabik spring kepada kedua-dua yang jadi suri rumah sepenuh masa dan ibu yang bekerja. Kedua-duanya adalah super mom!," luahnya.
Begitupun, menurut Faralya, selepas mendapat rentak untuk menguruskan rumah tangga, dia mula kembali ke set penggambaran dan membantu bisnes suami.
"Segala kerja suri rumah tu tak boleg lepas tangan tau sebab saya memang tak ada pembantu dan sekali lagi, ini adalah pilihan saya yang saya sendiri cabar diri untuk buat," katanya.
DAY 4 of #14daysofgratitudejournal with what am i grateful of my life challenges/scars. [ this is going to be a very long post ] So yes. Apa je yg susah jadi “housewife”? Ddk rumah jaga anak je kan? Itu yg org baca je, dgr je, nampak je seorg wanita tu adalah seorang “housewife” tanpa mendalami siapa seorang housewife tu. SAHM — ‘stay-at-home-mom’ , they dont just stay home & watch their kids play ( ddk goyang kaki ). Kene kemas rumah, urus anak pepagi, jaga suami, siapkan makan, basuh baju, cuci pingan kuali cawan, sidai baju, kemas rumah lagi, gosok lipat pula baju, dlm masa sama kene main and bagi 100% perhatian pada anak. Salute! To all mommies out there. Bonda membesar dgn ada pembantu & Bonda tak buat semua kerja rumah. Bila mummy dah takde, Bonda ddk dgn along Bonda sekejap & masih tak perlu buat kerja rumah. Bila ddk sendiri, pon Bonda panggil org utk tlg buat kerja rumah. Hidup Bonda pada masa tu, hanya kerja. Jodoh sampai, Bonda pon kahwin. Terus buat keputusan utk berhenti kerja seketika, utk focus bina keluarga. Hah masa ni, mmg terkejut beruk. Bila semua kerja rumah kena buat sendiri. & itu adalah pilihan Bonda. Rezeki lagi Allah bagi, anak. Jadi semua perkara dkt atas yang Bonda ckp tadi, Bonda lalui. Awal dulu, Ya Allah rasa susahnya. Sampai fikir, lebih baik lah penat shooting tu ddk dkt set kerja, dari jadi seorang housewife. Nak pergi toilet pon berkejaran tau ? Tapi tapi, alhamdulillah.. i managed to survived. Slowly dpt rentak. Dan masa ni Bonda mula tlg uruskan bisnes suami Bonda. Fuhhh, kalau sblm ni hari hari layan hal rumah, suami dan anak je. Lepas masuk kerja dgn Double F Studio, kita kene layan pula clients hari-hari ( yg dgn pelbagai kerenah ). Lepas tu pula nak lepas rindu, kita start blk berlakon. Kembali pula kita di set shooting. Dan segala kerja “housewife” tu tak boleh lepas tgn tau, sbb Bonda mmg takde helper. & again, ini adalah pilihan Bonda. Yang Bonda sendiri cabar diri utk buat. Can you imagine? Bonda salute, tabik spring kpd both SAHM & working moms. Kedua-duanya adalah Supermom. (Sambung di ruangan comment ??)
A post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris) on
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014.
Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata, Fira Anggun, 5, dan Fira Ayu yang kini berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024