Hiburan

"Lebih Kurang Seratus Iklan...Untuk Tampung Pembelajaran Saya" - Tiara Jacquelina Imbas Kenangan Zaman Remaja

gempak
Asraf Aided
26/06/2020
05:54 MYT
Sponsor Banner
"Lebih Kurang Seratus Iklan...Untuk Tampung Pembelajaran Saya" - Tiara Jacquelina Imbas Kenangan Zaman Remaja
Penerbit, pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina mengimbas kembali zaman awal kemunculannya di kaca televisyen dan media cetak menerusi iklan produk kecantikan.
Menurut Tiara, dia mula menjadi model iklan produk jenama Hazeline Snow pada usia 17 tahun.
"Zaman batu ni! Di sini lah permulaannya, saya jadi model iklan Hazeline Snow pada usia 17 tahun, ada antara anda yang ingat iklan TV seorang perempuan berlari di tepi pantai dengan seekor kuda putih, dengan lagu latar belakang Time After Time?" kongsi Tiara di Instagram.
Tambah Tiara, selain iklan tersebut, dia turut menerima tawaran menjadi model untuk lebih kurang 100 iklan lain demi menampung kos pendidikannya ketika itu.
"Selain iklan ini, saya telah terlibat dalam kira-kira 100 iklan TV dan media cetak untuk menampung kos pendidikan saya, saya juga ditawarkan berlakon untuk TV dan filem," tulisnya lagi.
Perkongsian Tiara itu menarik perhatian rata-rata pengikutnya yang masih mengingati iklan produk Hazeline Snow itu.
"Ikonik!
"Saya harap dapat tengok iklan itu lagi.
"Masya-Allah! Itu Puan Sri rupanya!" tulis beberapa wargamaya.
Sekadar info, pemilik nama sebenar Tiara Jacquelina Eu Abdullah ini mula aktif dalam industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 1988.
Tiara berjaya melakar kejayaan dalam kerjayanya menerusi beberapa projek terkenal seperti Puteri Gunung Ledang, P Ramlee The Musical dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024