Hiburan
Lebih Mudah Membawa Watak Jahat Berbanding Baik - Dian P.Ramlee
Pelakon Dian P.Ramlee mengakui dia lebih selesa untuk membawa watak jahat daripada seorang yang baik.
Menurut Dian, watak jahat yang dibawanya dalam sesebuah drama lebih mudah untuk disampaikan kepada penonton.
"Sepanjang bergelar seorang pelakon, saya telah membawa pelbagai watak yang baik dan jahat.
"Bagi saya sebenarnya lebih mudah untuk membawa watak antagonis berbanding watak-watak yang baik.
"Ini kerana bila kita membawa watak yang jahat kita boleh lepaskan apa yang hendak disampaikan melalui watak yang dibawa.
"Namun saya akan membawa watak jahat dengan pelbagai cara yang berbeza supaya ia tidak sama dengan karakter yang pernah dibawakan sebelum ini," katanya.
Dian berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan akhir drama bersiri Lara Aishah bersama peminat di Subang Jaya, baru-baru ini.
Tambah Dian, dia tidak kisah jika diberikan apa jua jenis watak untuk dilakonkan kerana menggangap itu merupakan sebagai sumber punca rezeki kepadanya.
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video