Laman Utama

Lebih Rela Mati Di Rumah, Rupa-Rupanya Salma Hayek Pernah Dijangkiti COVID-19! Tapi...

gempak
Asraf Aided
21/05/2021
02:05 MYT
Sponsor Banner
Lebih Rela Mati Di Rumah, Rupa-Rupanya Salma Hayek Pernah Dijangkiti COVID-19! Tapi...
Aktres popular antarabangsa, Salma Hayek mendedahkan tentang 'perjuangan' rahsianya dijangkiti wabak COVID-19 sebelum ini.
Memetik laporan Hollywoodlife, Salma, 54, telah menjalani kuarantin kendiri di rumah selama tujuh minggu untuk sembuh dari wabak berkenaan.
Doktor yang merawatnya juga telah merayu agar Salma pergi ke hospital dan menjalani rawatan yang sepatutnya kerana gejala yang dialami sudah teruk.
Bagaimanapun, bintang filem Grown Ups ini berdegil dan mengatakan dia lebih rela meninggal dunia di rumah.
"Doktor telah merayu untuk saya pergi ke hospital kerana gejala yang dialami sangat teruk.
"Saya cakap, tak mengapalah, terima kasih saja, saya lebih rela mati di rumah," katanya.
Meskipun Salma tidak menyatakan dengan spesifik tentang waktu sebenar dia dijangkiti wabak tersebut, namun sumber mengatakan aktres ini mengalaminya ketika peringkat awal dunia dilanda pandemik COVID-19.
Difahamkan, Salma juga pernah menggunakan alat bantuan oksigen dalam tempoh menjalani kuarantin di rumahnya itu.
Apapun, jika anda mengalami sebarang gejala berkaitan COVID-19, sila berjumpa doktor dan ikuti nasihat mereka yang lebih arif tentang penyakit ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024