Hiburan

Lebih RM100,000 Terkumpul Untuk Kempen Box Of Kindness With Omar & Hana

Kamaruddin Razal
06/06/2019
17:40 MYT
Kempen Box of Kindness with Omar & Hana yang digerakkan oleh Digital Durian, Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Islamic Relief USA bagi mengumpul dana untuk meringankan beban masyarakat memerlukan telah berjaya mengumpul lebih RM100,000 sepanjang dua minggu pertama dalam bulan Ramadan. Sebanyak RM76,526 telah didermakan kepada Islamic Relief USA manakala sejumlah RM44,693 telah didermakan kepada IRM.
Kempen Box of Kindness with Omar & Hana yang berlangsung dari 28 April hingga 6 Jun ini dianjurkan sempena kempen IRM iaitu Ramadan Care4Hunger menerusi sumbangan pek makanan kepada kanak-kanak dan keluarga dari serata dunia yang merangkumi negara Asia, Eropah, Timur Tengah, Afrika, dan Amerika Syarikat sepanjang bulan Ramadan serta projek lain yang berpotensi untuk membantu kanak-kanak dan keluarga yang kurang berkemampuan.
Pihak Digital Durian turut menerbitkan sebuah video istimewa berjudul Cerita Sufi – Tak Pernah Sendiri khas sempena kempen Box of Kindness with Omar & Hana ini.
Video yang berdurasi 5:53 minit tersebut boleh ditonton menerusi saluran Omar & Hana di platform YouTube. Sejak mula dilancarkan pada 7 Mei lalu, video ini telah menerima jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian, Sinan Ismail berpendapat bahawa menerusi projek ini, masyarakat bukan sahaja dapat menyumbang wang ringgit malah dapat menyelami jerih perih yang dialami insan yang memerlukan menerusi video istimewa Cerita Sufi – Tak Pernah Sendiri.
“Cerita Sufi – Tak Pernah Sendiri menggambarkan tentang keperitan hidup Sufi, seorang kanak-kanak pelarian yang tidak mempunyai ibu-bapa yang hakikatnya, kebanyakan kisah sebegini tidak didedahkan kepada orang awam. Kisah ini berupaya mendidik masyarakat tanpa mengira usia untuk menyantuni orang lain khususnya golongan yang lebih memerlukan,” kata Sinan. Omar & Hana ialah siri animasi kanak-kanak terbitan produksi Digital Durian dengan kerjasama Astro yang mempunyai lebih daripada 2 juta pengikut dan 878 juta tontonan di saluran YouTube. Siri animasi Islamik itu menggalakkan nilai belas kasihan, saling menghormati, kasih sayang, dan juga toleransi dalam kalangan kanak-kanak serta keluarga. Ia juga turut disiarkan menerusi saluran Astro CERIA (saluran 611) pada setiap hari, jam 10.30 pagi dan 6.00 petang. Ia juga turut boleh didapati menerusi perkhidmatan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kenapa Comel Sangat? Kecoh Bila Paul Pogba Layan Omar & Hana

gempak
18/09/2021
05:50 MYT
Terbaik karya anak tempatan di mata dunia
Laman Utama

Wah Seronoknya! Omar & Hana Bersiaran Lebih Masa Sepanjang Ramadan Ni...

gempak
20/04/2021
12:50 MYT
Memang banyak yang boleh anak-anak pelajari daripada siri animasi Omar & Hana ni tau!
Laman Utama

Dalam Masa Enam Bulan, Saluran Youtube Arab 'Omar & Hana’ Cecah Lebih 100,000 Langganan

gempak
22/02/2021
07:20 MYT
Dengan lebih 20 juta jam masa tontonan, pencapaian ini menunjukkan perkembangan yang menggalakkan bagi jenama Omar & Hana di persada antarabangsa.
Hiburan

Omar & Hana Kembali Dengan 'Little Huffaz'

gempak
22/10/2020
06:40 MYT
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori umur..
Gaya Hidup

Jom Belajar Cara Kekal Terhidrat #SAMASAMA242 Bersama Siti, Omar & Hana Dengan CUCKOO XCEL Sepanjang Ramadan Ini!

gempak
03/05/2020
22:54 MYT