Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Sebenar" - Alya Iman

Gempak
26/04/2023 07:50 MYT
Pelakon Alya Iman menjelaskan tindakannya tampil dengan imej terbaharu dengan tidak lagi bertudung kerana mahu menjadi dirinya yang sebenar.

Bercakap kepada Kosmo!, anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha itu bagaimanapun tidak menghalang mana-mana individu untuk membenci penampilan terbaharunya.

"Kenapa mahu menipu dalam media sosial? Sudah-sudahlah jadi hipokrit dan membohongi semua orang.

"Inilah diri saya yang sebenar. Terpulang untuk menerima dan jika tidak suka pun tak mengapa," katanya.

Alya juga mengakui lebih selesa dengan imej tidak berhijab ketika ini.

"Keputusan untuk tidak berhijab untuk beri peluang orang ramai kenal diri saya yang sebenar bahkan memang lebih selesa tak bertudung dalam kehidupan seharian.

"Kali ini saya sedar dan tidak mahu menjadi hipokrit serta terus membohongi semua orang.

"Tiada alasan yang khusus mengapa saya tampil tidak bertudung pada 1 Syawal lalu.

"Keputusan itu dilakukan selepas berbincang dengan keluarga dan teman rapat, mereka bersetuju sahaja," ujarnya.

1 Syawal menyaksikan Alya tampil mengejutkan dengan memuat naik hantaran dirinya tidak lagi berhijab.

Sumber: Kosmo!

#pelakon #Viral #Azmil Mustapha #Buka Tudung #Alya Iman
;