Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Lee Chong Wei Selamat Timang Anak Ke-3- " Terima Kasih Buat Isteri Tercinta..."

Syafiqah Jalal
28/11/2022 23:01 MYT

Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei selamat menimang cahaya mata ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo, semalam.

 

Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsikan khabar gembira tersebut bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.

 

"Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan)," menurut Chong Wei dalam perkongsian itu.

 

Ikon sukan badminton negara itu pada 2019, mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan.

 

Sementara Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya.

 

Biarpun telah bersara daripada aksi kompetitif, kisah pasangan suami isteri itu tidak pernah lekang daripada bibir peminat sukan badminton negara.


 
#Anak #Lee Chong Wei #Selamat #Timang