,
Laman Utama

Lee Chong Wei Tak Berniat Jadi Coach, Nak Terus Lepak Di Malaysia - “Layan Bazar Ramadan, Tunggu Open House”

Azwa Rahman
08/04/2022
03:50 MYT
Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memaklumkan beliau belum berminat untuk menjadi jurulatih walaupun menerima banyak tawaran dari luar negara.
Menerusi laman sosial Twitter, Chong Wei berkata, buat masa ini beliau memilih untuk tidak meninggalkan negara dan mahu menikmati kemeriahan bazar Ramadan dan rumah terbuka Aidilfitri.
“Memang benar Chong Wei dapat tawaran, sudah pasti Chong Wei masih cinta terhadap sukan badminton, tetapi masa sekarang Chong Wei tidak berniat untuk menjadi pelatih.
“Chong Wei akan terus lepak di Malaysia, layan bazaar Ramadan dan tunggu jemputan open house Raya,” tulis beliau menerusi satu ciapan. Di ruangan komen, rata-rata wargamaya melihat keputusan Chong Wei itu dari sudut yang positif dan tidak kisah dengan apa jua keputusan yang akan diambilnya kelak.
“Kalau Dato dah terbuka hati nanti, pergilah negara yang dah establish dalam dunia badminton, boleh di bawa balik ke Malaysia di kemudian hari,” komen seorang wargamaya.
Be a coach whenever you're ready. You do you!!” sokong seorang wargamaya.
Enjoy your days off but do teach sth some day! the sport needs ur experience,” cadang seorang wargamaya.
“Ya rehat la legend. Enjoy your family time. You pun sudah banyak duit maa,” usik seorang wargamaya.
Yeah we still love you no matter what your decision is,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah menerima hampir 13,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Chong Wei menerima beberapa tawaran luar bagi melatih skuad badminton dari beberapa negara Asia.
Pada Jun 2019, Chong Wei mengumumkan persaraannya selepas 19 tahun mencurah keringat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pertarungan ‘Gila’, Lee Chong Wei Anggap Aaron Chia & Soh Wooi Yik Hero Negara - “Game Yang Patut Kalah Tapi Gandingan Lelaki Sejati Melaka-KL Ini…”

gempak
04/08/2024
23:55 MYT
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan perlawanan beregu lelaki antara Malaysia dan Denmark merupakan pertarungan yang paling mendebarkan.
Berita

Jurulatih Badminton Mabuk, Didakwa Langgar Mati Penunggang Motosikal

gempak
29/07/2024
11:13 MYT
Seorang jurulatih badminton sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Isnin atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal.
Laman Utama

[VIDEO] “Aku Cinta Kamu”... Netizen Geli Hati Bila Lee Chong Wei Ajar Lin Dan Cakap Bahasa Melayu

gempak
05/06/2023
11:50 MYT
Comel telatah mereka berdua!
Laman Utama

"Ini Untuk Malaysia!" - Patung Lilin Atlet Negara Pertama Lee Chong Wei Bakal Sebaris Cristiano Ronaldo & David Beckham

gempak
04/03/2023
04:39 MYT
Patung Lilin Atlet Negara Pertama Lee Chong Wei Bakal Hiasi Muzium Di Hong Kong
Laman Utama

Lee Chong Wei Selamat Timang Anak Ke-3- " Terima Kasih Buat Isteri Tercinta..."

gempak
28/11/2022
23:01 MYT
Lee Chong Wei Selamat Timang Anak Ke-3